ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ANGKARA DENDAM : LELAKI PARAH DITETAK DI RUMAH SENDIRI !!!

Monday 20 January 2014

ANGKARA DENDAM : LELAKI PARAH DITETAK DI RUMAH SENDIRI !!!



KOTA BHARU - Seorang lelaki parah selepas ditetak oleh dua lelaki tidak dikenali di Kampung Pasir Ara Banggu di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu Asisten Komisioner Azham Othman berkata dalam kejadian pukul 1.30 tengah hari itu, Muhammad Hafizol Salman, 20, dan isterinya, Nor Suhaida Abdullah, 21, sedang bersiap untuk ke Perak sebelum diserang dua suspek terbabit di rumahnya.

"Ketika kejadian, tiga lelaki yang menaiki dua buah motosikal telah berhenti di hadapan rumah mangsa sebelum dua daripada suspek itu menuju ke arah mangsa yang sedang mengisi barang ke dalam kereta.

"Muhammad Hafizol kemudiannya bertindak melarikan diri masuk ke dalam rumah sambil diekori dua suspek itu yang terus menyerang dan menetak mangsa," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Azham berkata, mangsa yang parah di kepala dan tangan kemudiannya cuba menyelamatkan diri dengan keluar dari rumah untuk ke rumah kakaknya yang terletak berdekatan, namun terus ditetak di halaman rumah sebelum suspek melarikan diri.

"Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk mendapatkan rawatan dan  mengalami pendarahan di kepala, jari dan siku kanan.

"Siasatan awal mendapati mangsa dan isterinya telah terserempak dengan salah seorang suspek di tepi jalan yang kemudiannya telah mengekorimereka sebelum suspek beredar," katanya.

Azham berkata beliau tidak menolak motif kejadian adalah untuk membalas dendam dan tindakan mengesan serta menangkap semua suspek sedang giat dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan sekiranya disabitkan kesalahan, katanya.
Bernama

No comments:

Post a Comment