ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MESTI BACA !!! @pdrm INGATKAN ORANG RAMAI BERHATI-HATI KETIKA TERIMA BUNGKUSAN @ HAMPER !!!

Thursday 16 January 2014

MESTI BACA !!! @pdrm INGATKAN ORANG RAMAI BERHATI-HATI KETIKA TERIMA BUNGKUSAN @ HAMPER !!!

Utk makluman : 
Sempena tahun baru cina ada 1 kumpulan terdiri dari 4 hingga 5 orang lelaki cina berpakaian kemas akan datang kerumah-rumah dengan membawa hamper yangg besar.

Mereka akan cakap anda terpilih untuk menerima hamper dari syarikat mereka. Bila anda buka pintu rumah untuk mengambil hadiah anda berbentuk bungkusan atau hamper, mereka akan samun anda.

Kumpulan ini aktif bergerak sekarang di kawasan Shah Alam, Klang dan Damansara.

Berhati-hati dan beringat sebelum kena.

wallahualam

KUALA LUMPUR: Polis mengingatkan orang ramai supaya berwaspada ketika menerima penghantaran bungkusan atau hamper di kediaman atau premis masing-masing untuk mengelak kejadian rompakan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata,peringatan itu dikeluarkan lebih-lebih lagi penghantaran bungkusan dijangka meningkat menjelang sambutan Tahun Baharu Cina akhir bulan ini.
Menjelaskan polis setakat ini belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian rompakan seumpama itu, beliau bagaimanapun berkata orang ramai harus berwaspada dengan taktik sedemikian yang mungkin digunakan penjenayah.
“Orang awam diminta sentiasa berhati-hati, jangan buka pintu pagar serta-merta. Tanya bungkusan itu dari mana dan untuk siapa sebelum menerimanya,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.
Beliau berkata, mereka juga boleh meminta penghantar bungkusan atau hamper meletakkannya di luar pagar rumah dan mengambilnya kemudian. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment