ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ANGKARA CEMBURU : SANGGUP CULIK BEKAS TEMAN WANITA YANG SUDAH BERGELAR ISTERI ORANG !!!

Friday 17 January 2014

ANGKARA CEMBURU : SANGGUP CULIK BEKAS TEMAN WANITA YANG SUDAH BERGELAR ISTERI ORANG !!!

NUSAJAYA: Seorang lelaki yang tidak dapat menerima hakikat wanita dicintainya sanggup menjadi isteri kedua menjadi dalang mengajak beberapa rakannya menculik wanita itu bagi memisahkan mangsa dengan suami.
Kumpulan lelaki terbabit menculik mangsa yang berusia 19 tahun di rumah di Bandar Selesa Jaya, di sini, pada kira-kira 1 pagi, 14 Januari lalu. 
Ketua Polis Daerah Nusajaya Superintendan, Nor Hashim Mohamed berkata, kumpulan empat lelaki terbabit turut memukul ibu mentua mangsa ketika menceroboh kediaman berkenaan. 
"Suspek kemudiannya melarikan mangsa dengan menaiki Proton Persona. Ketika kejadian, mangsa berada di rumah bersama suaminya, isteri pertama, tiga anak tiri mereka dan ibu mentuanya.

"Suspek menceroboh masuk ke rumah berkenaan sebelum memberi amaran kepada keluarga itu supaya tidak melawan sekiranya tidak mahu dicederakan," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya, semalam.

Nor Hashim berkata, suspek kemudiannya cuba melarikan mangsa tetapi ia cuba dihalang suami serta ibu mentua mangsa yang berusia 56 tahun. 

Menurutnya, suspek kemudiannya memukul suami dan ibu mentua mangsa dengan kayu serta besi. 

"Mangsa dapat dilarikan oleh suspek. Suami mangsa yang berusia 24 tahun terus melaporkan kejadian kepada kami. 

"Kami terus melakukan gerakan mengesan suspek. Keempat-empat suspek yang berusia 17 hingga 44 tahun ditahan pada 4.45 petang hari sama di beberapa rumah di sekitar Bandar Selesa Jaya," katanya. 

Beliau berkata, mangsa turut ditemui dalam keadaan selamat manakala motif sebenar kejadian masih disiasat. 

"Keempat-empat suspek kini direman bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana meculik orang daripada penjaga yang sah. 

"Jika didapati bersalah boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan denda," katanya.

HM

No comments:

Post a Comment