ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TERKINI! JAWAPAN KEPADA 'PERSONA NON GRATA' NURUL IZZAH TAK DIBENARKAN MASUK SABAH !!

Sunday 2 June 2013

TERKINI! JAWAPAN KEPADA 'PERSONA NON GRATA' NURUL IZZAH TAK DIBENARKAN MASUK SABAH !!

Di bawah adalah penjelasan terperinci isu Nurul Izzah yang tidak dibenarkan masuk ke Sabah dan tindakan beliau yang bercadang mahu menyaman Ketua Menteri Sabah.


Artikel itu menempelak Nurul Izzah supaya sedar diri dengan 'sekatan' berkenaan dan menyokong 'Autonomi Sabah' yang kononnya diperjuangkan dalam Buku Jingga yang dijadikan manifesto Pakatan Rakyat di Sabah semasa PRU-13 lalu!

Di antara artikel yang ditujukan khas kepada Nurul Izzah :

Oleh kerana hampir semua Ketua Menteri Sabah menggunakan kuasa autonomi mereka untuk menghalang Persona Non Grata; maka tidak ada hebat atau bezanya saudari jika dibandingkan dengan Peguam Kanan Sugumar Balakrishnan yang pernah dihalang daripada memasuki Sabah, sedangkan beliau mempunyai PR Sabah seperti saya dan puluhan ribu pemegang PR di Sabah yang tidak boleh membantah jika PR mereka dibatalkan kerana kuasa mutlak Ketua Menteri.

Tidak ada dinyatakan dalam mana-mana peraturan Ketua Menteri Sabah perlu memberi penjelasan atau mewartakan sebab musabah menahan 'Persona Non Grata' daripada memasuki Sabah kerana terletak di bawah bidang kuasa istimewa beliau; Pengarah Imigresen hanya melaksanakan tugas mengikut .undang-undang

Isu kuasa istimewa Ketua Menteri ini telah berlarutan sejak 1963 namun jarang dipedulikan oleh Ahli Politik Pembangkang, melainkan setelah mengalami 'gangguan emosi' dan merasa malu kerana dikategorikan sebagai 'Persona Non Grata'. 
Tindakan menyaman Ketua Menteri Sabah atau Kerajaan Negeri Sabah tidak memberikan sebarang makna kerana hak-hak khas Perlembagaan dibenarkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Saudari berkata disekat masuk ke Sabah di bawah Seksyen 67 Akta Imigresen 1959/63 dan akan mencabar keputusan menghalang itu di mahkamah; dan sepasukan peguam yang diketuai oleh Ahli Parlimen PKR Penampang, Darell Leiking sedang meneliti perkara itu dan kes itu akan difailkan di Kota Kinabalu, sebaik sahaja pasukan peguam itu sudah bersedia.
 BACA SELANJUTNYA ...
http://novandri.blogspot.com/2013/06/terkini-jawapan-kepada-persona-non.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mendakwa, larangan memasuki Sabah yang dikenakan terhadap Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar adalah tidak bermotifkan politik sebaliknya apa yang disebarkan menerusi media sosial adalah bertentangan dengan perkara sebenar.
   
Ujar beliau, menjelang PRU13 lalu, terdapat ramai pemimpin pembangkang lain datang dan bebas bergerak di seluruh Sabah tanpa halangan.

"Mereka menyebarkan resepi lama yang sama mengandungi pembohongan, penipuan dan fitnah untuk mengaburi mata rakyat.
   
"Sekarang pilihan raya sudah berakhir, pemimpin mereka enggan menerima keputusan. Ini kes orang kempunan. Beliau mahu menimbulkan rasa bengang rakyat agar berarak di seluruh negara bagi menunjukkan rasa tidak puas hatinya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pintu Sabah sentiasa terbuka kepada mereka yang mahu melihat dan menghayati kepelbagaian etnik dan budaya selain menyertai perayaan di negeri itu.
   
"Sabah juga mengalu-alukan mereka yang menghormati masyarakat sivil iaitu yang berpegang kepada undang-undang bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian.
   
"Bagaimanapun, jika kami ada sebab untuk percaya kehadiran anda di sini akan menggugat suasana ideal yang dinikmati Sabah selama ini, anda tidak dialu-alukan.
   
"Kami ada sebab untuk percaya niat Nurul Izzah ke Sabah kali ini mungkin tidak sebaik seperti yang beliau dan rakannya dalam pakatan pembangkang nyatakan," katanya.
   
"Cukup-cukuplah. Kita perlu bergerak ke hadapan. Pembangkang sudah bermain politik sejak lima tahun lepas. Adakah kita akan terus diikat dengan lebih banyak politiking untuk lima tahun akan datang?
   
"Ada kerja yang perlu dilakukan. Negara ini perlu ditadbir, ekonomi perlu bertumbuh dan kebajikan rakyat perlu dijaga," katanya.

No comments:

Post a Comment