ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PERHIMPUNAN BLACK #KL622 : SAMSENG YANG MEMUKUL ANGGOTA DBKL DIKENALPASTI !!! PDRM TUNGGU APA LAGI ???

Sunday 23 June 2013

PERHIMPUNAN BLACK #KL622 : SAMSENG YANG MEMUKUL ANGGOTA DBKL DIKENALPASTI !!! PDRM TUNGGU APA LAGI ???


Polis sedang memburu kumpulan yang terlibat mencederakan dua anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semasa perhimpunan haram di Padang Merbok semalam.




Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, sekumpulan peserta dipercayai daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia menyerang dua anggota terbabit ketika cuba menghalang kumpulan itu untuk mendirikan beberapa buah khemah."Keadaan menjadi kecoh dan anggota DBKL itu telah dikasari dan dipukul," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


INSYAALLAH...Dengan adanya video ini diharapkan agar pihak berkuasa dapat menangkap budak ini dan rakan-rakan beliau dengan kadar segera. Kita tidak mahu samseng-samseng pembangkang dan penyokong Anwar ini berkeliaran begitu sahaja.

2 video di bawah daripada 2 angle yang berlainan tentang satu insiden yang bukan sahaja memalukan Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli tetapi juga seluruh kepimpinan Pembangkang.

Dengan insiden yang memalukan, keseluruhan mesej dalam perhimpunan haram itu boleh dibakul sampahkan dan dianggap sampah kerana mereka gagal memegang kepada janji asal mereka iaitu berhimpun secara aman.

Malah, tindakan penyokong-penyokong memukul anggota DBKL itu adalah satu tindakan yang sangat biadap, kurang ajar dan samseng, padahal anggota DBKL tersebut hanya menjalankan tugas beliau sahaja.

Anda saksikan sendiri 2 video di bawah :


VIDEO : Kebiadapan samseng pembangkang


Video : Kebiadapan samseng pembangkang

No comments:

Post a Comment