ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PENYUDAHNYA, PAS JUGAK YANG DIPERSALAHKAN!!!

Saturday 8 June 2013

PENYUDAHNYA, PAS JUGAK YANG DIPERSALAHKAN!!!



Selama hari ini, PAS berhempas pulas memastikan keselamatan mana - mana ahli Pakatan Pembangkang. Malah mereka sanggup merelakan diri mereka dikasari.

Adakah semua itu berbaloi? Jika sebelum ini, AMK mencela kepimpinan tertinggi dalam PAS. Mereka jelas menghina Hadi Awang diatas pentas mereka sendiri.

Hadi Awang dihina dan dicela dihadapan penyokong PKR sendiri. Adakah itu balasan yang sewajarnya diterima oleh PAS setelah mereka banyak berkorban?

Tapi disebabkan 'Kebaculan' para pemimpin PAS sendiri dalam mempertahankan Presiden mereka, maka PSM pula mengambil peluang untuk membalun PAS.

Akhirnya, PAS jugak yang dipersalahkan. Penyudahnya, PAS jugak yang dijadikan kambing hitam diatas keGAGALan PSM dan PKR. Pun masih lagi PAS mahu mendiamkan diri?

Mungkin bagi PSM, mereka lupa yang Setiausaha Agung PAS sendiri sanggup dimaki hamun oleh penyokong sewaktu tempoh berkempen yang lalu. 

Itu pun PSM masih nak salahkan PAS? Pun masih jugak mereka mahu menjadikan PAS sebagai mangsa untuk dijadikan korban diatas keGAGALan mereka sendiri?

Sudah - sudah la PAS jadi Balaci kepada orang lain. Sudah terbukti, maruah PAS sekarang hanya ibarat 'Lalat' dan 'Langau' je kepada Pakatan. Sedar la. PAS hanya Keldai tunggangan semata - mata. Sampai kesudah la PAS akan terus jadi Pak Angguk Saja!!!
SHAH ALAM: Parti Sosialis Malaysia (PSM) melahirkan kekecewaan terhadap PAS yang disifatkan tidak tegas dan serius dalam menangani isu pertindihan kerusi sehingga menyebabkan kekalahan calon parti itu, terutama di kerusi DUN Kota Damansara.

Setiausaha Agungnya, S Arutchelvan berkata, sikap PAS yang 'berlengah' dalam menangani isu pertidihan kerusi kawasan tersebut menjadi antara punca kekalahan calon PSM yang bertanding atas tiket PKR, Dr Mohd Nasir Hashim.

"Kami rasa PAS ini tidak tegas dan tidak serius. Semasa pilihanraya, mereka sepatutnya menggantung ahli mereka dan ambil tindakan yang serius. Tetapi kami tidak nampak PAS Pusat (serius), mereka macam melengahkan masa. 

"Tapi lepas pilihanraya mereka nak ambil tindakan boleh, tapi secara akademik saja lah. Kami mempersoalkan mengapa PAS dalam isu Kota Damansara, tidak mengambil satu tindakan tegas semasa pilihanraya.

"Mengapa mereka melengahkan masa sehingga rakyat keliru, seolah-olah calon PAS itu mendapat restu daripada kepimpinan untuk bertanding. Selepas pilihanraya mereka nak ambil tindakan, sudah terlambat," katanya dengan penuh kesal. 

No comments:

Post a Comment