ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MESTI TENGOK - LIVE VIDEO DAN GAMBAR ANGKAT SUMPAH PEMIMPIN PAKATAN PEMBANGKANG !!!

Monday 24 June 2013

MESTI TENGOK - LIVE VIDEO DAN GAMBAR ANGKAT SUMPAH PEMIMPIN PAKATAN PEMBANGKANG !!!


Seperti dijangka dan sebagaimana yang diramalkan berminggu-minggu yang sudah, pagi tadi seramai 89 Ahli Parlimen pembangkang telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen di Dewan Rakyat seterusnya melayakkan mereka menerima elaun dan segala kemudahan yang lain atas jawatan tersebut. Ini sekaligus bermaksud kempem boikot angkat sumpah ini yang diwar-warkan sebelum ini adalah tidak benar dan tidak berlaku.

Sikap hipokrit Pakatan Pembangkang kini terserlah kerana kesemua 89 Ahli Parlimennya hadir mengangkat sumpah di Dewan Rakyat sebagai mengiktiraf mereka sebagai wakil rakyat.

Marah sana, marahsini...
Kutuk sana, kutuk sini...
Protes sana, protes sini...
Boikot sana, boikot sini...
Akhirnya AP pembangkang angkat sumpah jadi Ahli Parlimen.

Ini ikrar yang disebut Anwar Ibrahim pada pukul 11:50 pagi... 
Saya Anwar bin Ibrahim setelah dipilih sebagai ahli Dewan Rakyat, dengan sesungguhnya bersumpah bahawa saya akan, dengan jujur, menunaikan kewajipan-kewajipan saya sebagai yang sedemikian dengan segala upaya saya dan saya akan menumpahkan segala taat setia yang sebenar  kepada Malaysia dan akan memelihara, melindungi dan mempertahankan perlembagaan.





Apa pun renunglah dalam-dalam menggunakan mata hati bukannya mata kasar, sampai bila nak jadi bodoh dan diperbodohkan Anwar Ibrahim dan sekutunya?

Pilihanraya tak adil, penuh penipuan dan sebagainya konon..., tetapi diakhirnya, yang menang tetap angkat sumpah dan iktiraf keputusan pilihanraya tanpa rasa bersalah sedikit pun kepada rakyat yang mereka bohongi sehingga sanggup turun ke jalan menghirup asap jerebu semata-mata ingin memenuhi tuntutan pembangkang.


Masih lagikah mahu pertikai keputusan pilihanraya oleh SPR???

No comments:

Post a Comment