MARANG: Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mampu memberi impak positif kepada negara dan rakyat.
Presiden PAS itu berkata, pelbagai kemudahan yang disediakan untuk kesejahteraan rakyat serta pembangunan negara yang diimbangi dengan pemuliharaan alam sekitar adalah usaha yang baik.
Namun beliau menegaskan, masih banyak kelemahan yang perlu diteliti dan ditangani dengan cekap oleh kerajaan di bawah kepemimpinan Najib.
"Ada yang negatif ada yang positif, kemudahan-kemudahan yang sudah ada tapi masih ada yang ketinggalan di Pantai Timur.
"Kita beri peluang dia (kerajaan) betulkan itu semua. Insya-Allah saya akan berucap (di parlimen) Isnin atau Selasa," katanya kepada media selepas solat Jumaat di Rusila hari ini.
Abdul Hadi, yang juga Ahli Parlimen Marang, turut menyatakan pendirian PAS untuk "memberi peluang kepada kerajaan untuk membetulkan semua kelemahan itu."
Menurut Abdul Hadi, beliau akan memperincikan perkara itu dalam ucapannya di parlimen pada Isnin atau Selasa minggu depan.

No comments:
Post a Comment