GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang mahu pendatang Rohingya dan Bangladesh ditempatkan di tanah milik Kerajaan Persekutuan.
Kerajaan negeri menghadapi masalah tempat kosong sama ada di bahagian pulau atau tanah besar, kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng kepada The Starketika dihubungi pada Ahad.
Beliau berkata seramai 50,000 pelarian Rohingya berada di Pulau Pinang sejak enam tahun lalu dan ia tidak boleh membenarkan tanah kerajaan negeri digunakan untuk menempatkan mereka.
Tambahnya, Pulau Pinang perlu dimaklumkan mengenai apa-apa rancangan untuk menempatkan pendatang berkenaan di negeri ini.
Beberapa NGO dan badan-badan industri berkata ruang dan sumber yang cukup perlu disediakan jika Pulau Pinang bakal dijadikan lokasi penempatan pendatang.
Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) Pulau Pinang, Datuk Jerry Chan berkata Pulau Pinang boleh dijadikan penempatan sementara pendatang.
"Penempatan itu perlu mempunyai kemudahan asas dah kebersihan yang baik, penjagaan kesihatan dan unsur-unsur sosio-budaya.
"Mungkin Ketua Polis Negata tahu sesuatu yang kita tak tahu. Mungkin dia memikirkan Pulau Jerejak. Kami juga sedang memikirkan di mana lokasi sesuai yang difikirkannya. Negeri terlalu padat," katanya.
Sebelum ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pelarian Rohingya mungkin akan ditempatkan di penempatan sementara di negeri di utara termasuk di Pulau Pinang.
Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia Pulau Pinang (PPPM), K Koris Atan berkata, negeri ini mempunyai imej 'negeri tahanan' beberapa dekad yang lalu apabila Pulau Jerejak digunakan untuk menempatkan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri.
"Mengapa Ketua Polis Negara mencadangkan Pulau Pinang? Ia seharusnya berada di dalam negeri yang besar seperti Pahang," katanya.
Exco Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh berkata, pangkalan TUDM di Butterworth adalah satu-satunya tempat yang mempunyai keselamatan yang baik untuk menempatkan pendatang.
"Kami sedang menunggu Majlis Keselamatan Negara untuk menghubungi kami supaya kita boleh bekerja bersama-sama," katanya.
No comments:
Post a Comment