KAJANG: Individu yang bertanggungjawab menyebarkan video kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dikenakan tindakan.
Menurut Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pihaknya tidak akan memaafkan perbuatan individu tersebut dan tindakan sewajarnya akan diambil.
Individu itu yang merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian akan dibawa ke jawatan kuasa pengurusan untuk siasatan lanjut.
"Saya hubungi dan beritahu beliau, beliau minta maaf pada saya, tapi saya kata tiada maaf bagimu. Kerosakan telah berlaku," kata Zahid Hamidi pada satu sidang media selepas menghadiri Hari Keluarga Kementerian Dalam Negeri KDN 2015 di Stadium Maktab Penjara Kajang.
Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri (KDN) mengulas pertanyaan wartawan sama ada individu yang bertanggungjawab menyebarkan video rakaman ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung cadangan memecat lembaga pengarah 1MDB telah dikenal pasti.
Video tersebut menjadi viral di laman sosial.
Muhyiddin sebelum ini menjelaskan kenyataan tersebut merupakan pendirian beliau dalam kursus politik peringkat dalaman UMNO yang diadakan secara tertutup.
Muhyiddin menjelaskan ia bukan perkara baharu dan mahu 1MDB disiasat sedalam-dalamnya.
AstroAwani

No comments:
Post a Comment