KOTA BAHARU - Dua termasuk seorang anggota polis, maut dalam kemalangan melibatkan dua motosikal di Kampung Berangan, Ketereh di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Baharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, mangsa, Koperal Abdullah Ishak, 28, dari Balai Polis Pengkalan Chepa meninggal dunia di tempat kejadian.
"Seorang lagi mangsa Muhammad Shahiran Jamri, 22, meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.
"Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, motosikal yang ditunggang kedua-dua mangsa dipercayai telah bertembung sesama sendiri," katanya ketika dihubungi hari ini.
Rohaimi berkata, mayat Abdullah dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama
No comments:
Post a Comment