ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: 3 SUSPEK KES BULI JALAN RAYA DIREMAN 4 HARI (VIDEO INSIDE)

Tuesday, 17 March 2015

3 SUSPEK KES BULI JALAN RAYA DIREMAN 4 HARI (VIDEO INSIDE)

Tiga suspek kes buli jalan raya direman empat hari

KUCHING: Mahkamah Majistret mengeluarkan perintah tahanan reman selama empat hari bermula Selasa terhadap tiga suspek kes buli jalan raya di Damak, di sini semalam.

Perintah tahanan terhadap ketiga-tiga suspek berusia antara 21 hingga 27 tahun itu dikeluarkan oleh Pendaftar Kanan Mahkamah Majistret Kuching, Bryan Mason.

Dua antara tiga suspek terbabit disyaki memukul seorang lelaki menggunakan topi keledar manakala seorang lagi merakamkan kejadian tersebut.

Ketiga-tiga suspek berjaya ditahan polis pada jam 2 pagi hari ini hasil serbuan di sebuah rumah di Kampung Bako, di sini. 

Serbuan dibuat selepas menerima laporan daripada seorang pengadu yang mendakwa dipukul selepas berlaku perselisihan faham antara mereka semalam.

Menurut pengawai penyiasat, Inspektor Wan Amir Wan Mohamad, ketiga-tiga suspek akan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebatan atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Polis yakin lebih banyak tangkapan akan dibuat kerana dipercayai ada beberapa orang lagi suspek yang terlibat.

Dalam kejadian 3.30 petang Isnin itu, sebuah video berdurasi 56 saat memaparkan dua lelaki  sedang membelasah seorang lelaki menggunakan topi keledar dan menendang mangsa menjadi viral di media sosial.

Ketiga-tiga suspek dijangka akan didakwa di mahkamah pada Isnin depan.

No comments:

Post a Comment