ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: RIZALMAN DIJANGKA DIEKSTRADISI PADA ISNIN - NZ HERALD

Saturday, 5 July 2014

RIZALMAN DIJANGKA DIEKSTRADISI PADA ISNIN - NZ HERALD


PETALING JAYA: Pegawai diplomatik, Muhammad Rizalman Ismail yang berhadapan dengan dakwaan kerana melakukan pecah rumah dan serangan seksual dengan niat untuk merogol di New Zealand akan dihantar ke negara itu pada Isnin.
Menurut New Zealand Herald, Pegawai Waran II itu dikatakan menjalani penilaian akhir pskiatrik pada Jumaat dan boleh dikeluarkan dari hospital pada hujung minggu.
"Kita hanya perlu mendapatkan keputusannya dan menunggu laporan doktor, dan dia boleh dibenarkan keluar dari hospital," kata seorang doktor di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Kuala Lumpur seperti yang dilaporkan.
Doktor itu turut berkata, Rizalman akan dihantar semula ke New Zealand secepat mungkin sebaik sahaja penilaian kesihatannya selesai.
Herald turut melaporkan satu sumber sebagai berkata bahawa sebanyak empat tempat duduk telah ditempah untuk penerbangan ke Auckland pada malam Isnin walaupun tiada nama yang diberikan untuk tempahan berkenaan.

Hishammuddin Minta Rizalman Tak Diadili Sebelum Keputusan Mahkamah

MELAKA: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta kes Pegawai Waran II, Muhammad Rizalman Ismail yang didakwa melakukan pecah rumah dan serangan seksual di New Zealand tidak diadili di 'mahkamah media dan umum.'
Beliau berkata, tindakan itu tidak adil kepada pegawai berkenaan dan keluarganya sebelum mahkamah membuat keputusan.
"Kes ini tiada kaitan dengan polemik, geopolitik atau hubungan dua hala.
"Ini berkaitan keadilan... keadilan bukan hanya kepada mangsa tetapi juga kepada tertuduh," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama pemimpin masyarakat di Seri Bendahara pada Sabtu.
Turut hadir Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.
Hishammuddin juga berkata, kerajaan akan membantu melantik peguam bagi membolehkan Muhammad Rizalman mendapat pembelaan yang adil.
"Pulangnya (Muhammad Rizalman) ke New Zealand akan bersama pegawai dari pihak Angkatan Tentera Malaysia, seorang peguam yang kita akan bantu lantik dan pegawai-pegawai dari Pejabat Peguam Negara," katanya.
Muhammad Rizalman, 38, bekas pembantu staf pertahanan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand didakwa melakukan pecah rumah dan serangan seksual dengan niat untuk merogol seorang wanita 21 tahun pada 9 Mei lepas.
mStar

No comments:

Post a Comment