ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: BANTERAS ANGOTA POLIS SEBAR GAMBAR JENAYAH !!!

Tuesday, 10 June 2014

BANTERAS ANGOTA POLIS SEBAR GAMBAR JENAYAH !!!


KUALA LUMPUR - Tindakan tegas perlu diambil terhadap anggota polis atau mana-mana pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan gambar mangsa atau kejadian jenayah dalam Internet, kata bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Beliau berkata sehubungan itu, Ketua Polis harus mengawasi dan menasihati anggota mereka agar tidak berbuat demikian.

"Saya sendiri pernah mengambil tindakan terhadap pegawai polis yang meletakkan gambar-gambar ini dalam komputer (Internet). Kalau kita selalu mengawasi dan sentiasa memberi nasihat kepada mereka, insya-Allah perkara ini tidak berlaku," katanya ketika ditemu bual dalam program Ala Carte Pagi terbitan Bernama Radio24 bertajuk 'Antara Realiti dan Pembohongan Media Sosial' hari ini.

Musa, yang juga Pengerusi Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia turut menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya dengan berita dan maklumat yang disebar di Internet, terutama menerusi media sosial.

"Bagi saya, kita sebagai orang yang menggunakan media ini perlu melihat dari semua segi, kita perlu banyak membaca, dan bukan hanya apabila membaca satu artikel, kita terus percaya.

"Kita juga kena pandai memilih dan menilai mana-mana berita yang kita baca," katanya.
Bernama

No comments:

Post a Comment