ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: USTAZ KAZIM DIUGUT AGAR JANGAN BERCERAMAH DI #prksungailimau !!!

Friday, 1 November 2013

USTAZ KAZIM DIUGUT AGAR JANGAN BERCERAMAH DI #prksungailimau !!!


Ustaz Kazim Elias telah diugut ketika hendak memberi ceramah dalam program Malam Kesenian Islam yang berlangsung di RTC Sungai Limau Luar.

Kelihatan puak-puak pas semakin terdesak hingga terpaksa mengungut penceramah yang mahu memberikan ilmu agama kepada penduduk di kawasan tersebut.

Ustaz Kazim Elias menerima ugutan dari puak-puak Pembangkang kononnya beliau akan dibaling dengan telur busuk sekiranya beliau hadir berceramah di kawasan Sg. Limau, Kedah di sini.

Namun ugutan tersebut tidak sedikit pun membuatkan bekas ahli PAS ini gentar kerana beliau hanya takutkan kepada Allah SWT sahaja.


Saya pasti tentunya para pembaca teruja dengan kenyataan berani dan sempoi oleh Ustaz Kazim ini. Confirm para pembaca ingin menonton video penuh ceramah beliau.

Allah tempat kita mengadu dan kepada Allah juga lah kita berserah.

Mari kita sama-sama berdoa agar USTAZ KAZIM ELIAS dijaga keselamatannya oleh ALLAH SWT untuk beliau terus berdakwah menyebarkan syiar Islam dan memperbetulkan akidah sesetengah umat Islam yang kian tersasar terutamanya mereka yang terlibat mempolitikan Islam untuk kepentingan diri mereka.

No comments:

Post a Comment