ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MUHASABAH DIRI : RANGKAP SYAIR YANG MEMBUATKAN IMAM AHMAD BIN HAMBAL MENANGIS !!!

Friday, 29 November 2013

MUHASABAH DIRI : RANGKAP SYAIR YANG MEMBUATKAN IMAM AHMAD BIN HAMBAL MENANGIS !!!


Renungkan rangkap syair ini yang membuatkan Imam Ahmad Bin Hambal menangis. Semoga menjadi salah satu lubang muhasabah buat kita ...

Jika Tuhan bertanya kepada ku
“Tidak malukah kau bermaksiat kepadaKU
Kau sembunyikan dosa mu dari makhlukKU
Dan datang padaKU dengan penuh dosa”

Bagaimana aku nak jawab duhai diriku yang malang?
Dan siapakah yang akan selamatkan aku?
Aku terus menyogok diriku dengan impian dan harapan dari masa ke semasa

Dan aku melupakan apa yang terlihat pada kematian
Dan apakah yang akan berlaku selepas diriku dikafankan
Seolah-olah aku ini dijamin hidup selamanya
Seakan mati tidak akan menemuiku

Dan telah datang sakaratulmaut yang amat ngeri
Siapakah yang mampu melindungi diriku ini?
Aku melihat pada wajah-wajah
Apakah ada daripada mereka menebusku?

Aku akan disoal apa yang aku lakukan didunia untuk menyelamatkan diriku ini?
Maka bagaimana akan aku jawab setelah aku mengabaikan urusan agamaku?
Celakanya aku! Apakah aku tidak mendengar ayat-ayat Allah menyeruku?
Apakah aku tidak dengar apa yang telah diberitakan di dalam surah Qaff dan Yaasin?
Adakah aku tak dengar tentang hari dikumpulkan manusia, hari perhimpunan dan hari ad-deen (Qiamat)?

Adakah aku tak dengar panggilan ajal maut, menyeru & menjemputku?
Maka ya Rabb! Seorang hamba datang bertaubat. Siapa yang dapat melindunginya?
Melainkan Tuhan yang maha luas pengampunannya & membimbingku pada kebenaran
Aku telah datang kepadaMU maka kasihanilah daku & beratkanlah timbangan (kebaikan) ku
Dan ringankan (percepatkan) hisabku dan Engkaulah yang terbaik dalam penghisaban. Ya Allah!
  AMINAMINAMIN YA RABBAL ALAMIN 
  Semoga ALLAH terus memperkukuhkan iman dan aqidah kita, dan memberikan kita anugerah istiqomah dalam iman!!! 

No comments:

Post a Comment