ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ISU BUBAR PENDAFTARAN ; KARPAL SINGH ZAHIRKAN CITA-CITA SEBENAR DAP !!!

Friday 8 November 2013

ISU BUBAR PENDAFTARAN ; KARPAL SINGH ZAHIRKAN CITA-CITA SEBENAR DAP !!!

PARTI POLITIK ATAU PERSATUAN BERASASKAN KAUM DAN AGAMA PATUT DIBATALKAN
PENGERUSI DAP - KARPAL SINGH
Apabila Karpal Singh membuat saranan agar kesemua parti politik yang berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftarannya, ia bukanlah sekadar pandangan peribadi, atau sekadar pendapat semata.

Ia sebenarnya merupakan satu cita-cita mereka dalam misi menamatkan penyatuan orang Melayu dan Islam.

Kira-kira 6 bulan sebelum pilihanraya, apabila tersebarnya agenda DAP yang tercatat di atas sekeping kertas A4.  Ianya mendedahkan tentang cita-cita DAP sekiranya menguasai Putrajaya seperti Malaysia bakal diubah menjadi republik.

Turut sama yang mahu mereka ubah ialah mengharamkan Rejimen Askar Melayu Di Raja, Universiti Teknologi MARA (UiTM), MARA dan badan-badan yang dilihat membantu Melayu dan Islam.

Tidak ketinggalan, di dalam kertas tersebut juga tertulis bahawa DAP akan mengharamkan sebarang pertubuhan yang berlandaskan agama atau bangsa termasuklah UMNO, PEKIMA, PEKIDA, PERKASA dan sebagainya.

BACA SETERUSNYA....

PAS sahaja sebuah parti berlandaskan agama. Tetapi Karpal Singh dengan bersahaja melontarkan saranannya.  Tidakkah Karpal seharusnya menghormati sekutu rapatnya, iaitu PAS?

Nampaknya, Karpal Singh lebih faham berkenaan kepentingan tahaluf siyasi berbanding PAS.

Hina bukan?

Keangkuhan DAP dalam isu menghina bangsa Melayu dalam setiap ruang dan luang yang ada begitu menyakitkan hati kita. Namun kita perlu renungkan semula bagaimana boleh timbul keberanian sebegitu rupa untuk DAP bertindak secara terang menghina kita. Segalanya telah mereka rancangkan dengan teliti bermula dengan tuntutan penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat 1948.

Apa yang lebih menyakitkan kita apabila tindakan DAP ini telah dibantu oleh bangsa Melayu yang mengkhianati Negara atas dasar dendam peribadi dan kepentingan masing-masing. Pada waktu yang sama sikap toleransi melampau kerajaan terhadap kebiadapan DAP juga turut menyumbang kepada keberanian berterusan DAP menghina bangsa Melayu.

Seterusnya Baca Disini...

No comments:

Post a Comment