ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PERTIKAI IBADAT KORBAN DILAKUKAN DISEKOLAH : WAJARKAH TINDAKAN INI ???

Tuesday, 22 October 2013

PERTIKAI IBADAT KORBAN DILAKUKAN DISEKOLAH : WAJARKAH TINDAKAN INI ???


DI LAMAN Facebook, kini tersebar rakaman panggilan telefon seorang lelaki bernama Saravanan yang mendakwa membuat panggilan dari luar negara kepada pengurusan Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya (SKPJ) membantah ibadah qurban yang dilakukan di dalam sekolah berkenaan.
Pada mulanya panggilan si Saravanan ini dijawab oleh kerani sekolah sebelum dihubungkan untuk berbicara dengan Guru Besar sekolah itu.
Semalam, video Ah Beng nak tunjuk lagak dengan penjawat awam. Hari ini si Saravanan ni pulak nak tunjuk lagak dengan penjawat awam seorang guru dengan alasan sekolah berkenaan mengamalkan ‘double-standard’ dengan menyembelih lembu dalam kawasan sekolah.
Dakwa si Saravanan, pihak sekolah tidak menjaga sentinmen penganut-penganut Hindu apabila melaksanakan majlis Qurban itu.
Ibadah Qurban bukan perkara baru sedangkan ia sudah pun dilaksanakan di sekolah sejak bertahun-tahun lamanya, beginilah bila ada kehendak mereka diberi muka mereka bertindak melampau sehingga sanggup mempertikaikan amalan suci agama Islam yang kita anuti sejak sekian lama.
Guru besar SKPJ turut menjelaskan bahawa ada pekeliling yang menyatakan boleh ibadah itu dilaksanakan di sekolah demi untuk mendidik murid-murid akan hikmah dan kepentingan ibadah Qurban dalam Islam.
Menurut guru besar, para pelajar bukan Islam terutamanya India tidak dibenarkan melihat upacara penyembelihan itu kerana menghormati sensitiviti mereka, namun Saravanan dari luar negara tetap tidak berpuas hati.
Beliau yang enggan mendengar penjelasan, lantas membuat soalan provokasi yang bermaksud, “Bolehkah orang Cina datang ke sekolah dan kemudian menyembelih babi?” katanya dalam panggilan telefon itu.
Beginilah kalau sudah ada sesetengah pihak diberi ruang menyuarakan ketidakpuasan hati mereka atas nama kebebasan bersuara, ramailah mereka yang bercita-cita menjadi hero akan muncul, antaranya Saravanan.
Penulis sangsi, sebenarnya adakah beliau membuat panggilan dari luar negara. Sudah pasti ada anaknya bersekolah di situ dan untuk mewujudkan gerun di hati guru besar beliau mengaku berada di luar negara kononnya sebagai seorang yang kaya-raya begitulah.
Jika betul tujuan Saravanan itu baik, bukannya susah untuk datang ke sekolah dan bertemu secara baik dengan guru besar kerana sekolah itu mempunyai jentera pentadbirannya tersendiri yang perlu dihormati dan bukannya diserang secara sebegitu rupa.
Rata-rata mereka yang sudah mendengar perbualan itu mengutuk keras tindakan Saravanan yang keliru dengan status agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia.
Sebenarnya isu seperti itu pernah dibangkitkan oleh seorang bangsa Cina pada tahun 2009 dan ia turut mengundang kecaman hebat umat Islam di internet pada masa itu.
Mengikut komen yang diterima, ramai di antara mereka ada yang mempunyai kawan berbangsa India yang tidak mempunyai masalah dan menghormati ibadah Qurban yang sememangnya menjadi tradisi masyarakat Islam di negara ini.

Mynewshub.my

No comments:

Post a Comment