Pakatan Rakyat (PR) kekal dengan pendirian bahawa bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah seperti yang diputuskan Majlis Pimpinan PR pada 8 Januari lalu, kata Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.
“Pakatan Rakyat kekal konsisten dengan pendirian kami dahulu, ” kata Anwar dalam sidang media yang diadakan di ibu pejabat PKR hari ini yang turut dihadiri oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustapha Ali.
Sidang media Pakatan itu diadakan sebagai respon keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober yang melarang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan Katolik, The Herald.
Pada 8 Januari lalu, keputusan PR yang dibacakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa penggunaan kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam dengan syarat ia tidak disalahgunakan.
“Pas mempunyai pendirian yang konsisten dalam isu ini, seperti dalam kenyataan media saya pada 4 Januari 2010 dan saya juga telah mengemukakan kertas kajian dalam seminar anjuran Institut Kefahaman Islam (Ikim) pada tahun 2010 yang telah diterbitkan sebagai buku kecil yang bertajuk: “Allah: Kalimah Yang Benar, Tujuan Yang Salah” pada bulan Januari 2010.
“Kalimah ALLAH adalah satu perkataan yang mengikut maksud asal bahasa al-Quran (Dia Sahaja Tuhan Yang Maha Esa), adalah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.

“Kalimah ALLAH tidak wajar disalahgunakan oleh pihak lain terhadap masyarakat Islam sehingga menimbulkan kekeliruan. Oleh itu, pengganut Islam berbagai bangsa tetap menyebut perkataan ALLAH (tanpa terjemahan) apabila menterjemah al-Quran dalam bahasa masing-masing dan ketika beribadat.
“Walau bagaimanapun Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah ALLAH dalam amalan mereka walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran,” kata Abdul Hadi.
Apa lagi yang orang Islam boleh harapkan dari PAS! Perkara yang sebegini penting pun mereka GAGAL pertahankan! Fikir dan renongkan lah?
No comments:
Post a Comment