ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PRK DUN KUALA BESUT :- CALON PAS TUKAR PENAMPILAN DIRI !!!

Friday, 19 July 2013

PRK DUN KUALA BESUT :- CALON PAS TUKAR PENAMPILAN DIRI !!!

Di dalam tempoh berkempen ini, sudah pasti pelbagai pendekatan akan diguna pakai sebagai satu usaha untuk menarik minat dan simpati para pengundi. Ada yang mengunakan pendekatan konvesional seperti kebiasaanya malah tidak ketinggalan ada yang mengunakan pendekatan reverse psychology bagi mengelaburi pandangan rakyat.
Terbaru calon Pas bagi pilihanraya kecil Kuala Besut Azlan @ Endut mengunakan penampilan seperti ahli Sufi bagi menipu para pengundi. Sejak bermulanya aktiviti kempen, dia dilihat cuba berlagak alim dengan gaya seperti seorang ahli agama sehingga ada dikalangan penduduk di Kuala Besut yang mengatakan dia seorang yang zuhud.
Namun ternyata itu semua adalah merupakan helah politik semata-mata, kerana majoriti penduduk yang mengenalinya secara dekat mengatakan calon Pas ini tak ubah seperti seekor sesumpah.
Ini kerana penampilan dan gayanya amat berbeza jika dibandingkan dengan sebelum ini. Rata penduduk yang mengenalinya mengatakan calon cari makan ini adalah merupakan seorang yang kaya raya. Selain mempunyai rumah banglo yang besar dia juga dikatakan mempunyai puluhan kereta mewah.
Ini semua politik. Sebelum jadi calon dia hidup bermewah-mewah, tapi lepas dipilih jadi calon penampilan dan gayanya terus berubah seperti seorang ahli Sufi yang zuhud.
Kalau kita baca kitab-kitab tasawuf, tidak ada seorang pun ahli Sufi yang diceritakan hidup atas kemewahan harta. Betul, Islam tidak menghalang umatnya untuk mencari kekayaan, malah ada dikalangan sahabat Nabi Muahammad saw yang kaya.
Tetapi bukan di kalangan ahli Sufi yang zuhud, kerana jalan hidup seorang ahli Sufi adalah meninggalkan semua bentuk yang bersifat keduniaan dan hanya menumpukan kepada ibadat menuju akhirat tegas salah seorang penduduk yang ditemui di pecan Kuala Besut petang tadi.
Mengikut rekod, perkataan sufi berasal dari Suffah (para sahabat Nabi Muhammad saw yang miskin dan hidup di sekitar masjid Nabawi di Madinah). Ia adalah kata asal dari perkataan Suf/kulit (kambing) sebab ramai dikalangan mereka hanya memakai pakaian yang diperbuat dari kulit kambing.
Malah di dalam riwayat juga pun ada yang mengatakan ramai sahabat Nabi Muhammad saw yang menyertai perang Badar, memakai pakaian dari bulu kambing.
Menurut Zainab Besah, 53 sebagai pengundi dia mengharapkan calon yang menawarkan diri, untuk memberikan keyakinan kepada rakyat mengenai bentuk hala tuju dan isu yang ingin diperjuangkan dan bukannya berlakon dengan gaya seperti ustaz.
Saya bukan berniat untuk menghina, kalau betul pun nak kempen gunakanlah cara yang lain. Bukannya berlagak alim dengan perwatakan seperti ustaz dan ahli agama.
Rakyat Kuala Besut kenal sangat dengan Che Long ni. Dia orang kaya, sibuk uruskan perniagaan. Tapi bila jadi calon, terus berubah watak. Patutnya dia jumpa pengundi dan bagi tahu khidmat dan isu yang nak dibawa. Bukan menipu pengundi dengan gaya dan penampilan tegasnya lagi.

No comments:

Post a Comment