ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PERINGATAN KEPADA GURU-GURU PRO PEMBANGKANG !!!

Saturday, 20 July 2013

PERINGATAN KEPADA GURU-GURU PRO PEMBANGKANG !!!



Guru-guru yang didapati tidak cenderung kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu baru-baru ini dipanggil pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Pejabat Pelajaran Negeri (JPN).

Beberapa guru ketika ditemui di sini mendakwa ketika dipanggil memberi keterangan kepada pegawai di PPD dan JPN, mereka dituduh memberi sokongan kepada calon Pakatan Rakyat.

Kata mereka ada bukti bergambar yang ditunjukkan kononnya guru tertentu berada di tempat kempen pembangkang.

“Malah ada guru yang diugut untuk ditukar ke Sabah dan Sarawak kerana menyokong Pakatan Rakyat. Harapan mereka dengan ugutan itu dapat mengelakkan guru-guru terbabit memberi sokongan kepada Pakatan."

“Namun ramai guru yang hadir memilih tidak berdiam diri kerana mereka peliknya mengapa guru-guru yang berkempen secara terang-terangan menyokong calon BN tidak diambil tindakan serupa,” katanya ketika ditemui di sini. 

Seorang lagi guru berkata, biar pun ditekan namun rata-rata guru di seluruh negara boleh dibilang dengan jari yang menyokong Umno.

Kata beliau biar pun ditekan dengan pelbagai gangguan politik, guru-guru tidak berminat lagi untuk menyokong BN kerana mengetahui banyak penyelewengan dan masalah kepimpinan parti itu. -Hrkh


Memang ini yang patut dibuat Kementerian Pendidikan terhadap guru-guru yang menjadi pencacai tegar Pakatan Haram .  Sudah la makan gaji duit kerajaan  , tapi  di sekolah mereka  menghasut guru-guru lain membenci kerajaan.

Kalau kerajaan DAP Pulau Pinang boleh menukar kakitangan kerajaan mereka ke jabatan lain   yang cenderung menyokong BN , mengapa kita tak boleh buat pulak ???

Jika tidak suka tindakan PPD dan JPN , mereka boleh berhenti kerja saja seperti Cikgu Normala . Jadi pencacai tegar PAS 100 % full time .

Ini kerana ramai lagi di luar sana mahu menjadi guru yang sudah diketahu gaji cukup lumayan dan cuti pulak banyak . Tak percaya lihat sendirilah kereta yang dipakai cikgu di sekolah2 .....ada yang kereta import lagi .

No comments:

Post a Comment