Idris bagaimanapun enggan mengulas lanjut punca pemecatan itu bagi menghormati calon berkenaan.
“Dulu dia pernah jadi AJK Pemuda Umno. Dia ni orang berniaga (ahli perniagaan). Tapi saya taknak lebih lah, bulan puasa, ” katanya dilaporkan Antarapos.
Idris yang juga Menteri Pendidikan Kedua itu menyifatkan calon yang dikemukakan BN, Tengku Zaihan Che Ku Rahman lebih menyerlah berbanding PAS.
Katanya tiga faktor utama kekuatan calon BN iaitu profesionalisma, latar belakang keluarga (anak ustaz) dan calon muda.
Namun kelebihan calon itu tidak menggambarkan BN akan berada di zon selesa, dan katanya jentera parti akan bekerja keras bagi meraih sokongan pengundi.
“Kita yakin, tapi kita tidak akan terlalu selesa. Kita akan bekerja kuat, kita yang di atas, jentera-jentera pun, kita tidak akan selesa.
“Saya akan pastikan kita bekerja sekuat mungkin, kita bukan sahaja nak menang, tapi kita nak menang dengan majoriti bertambah,” jelas beliau
No comments:
Post a Comment