ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KRISIS MB SELANGOR : PKR DAN DAP BERTEGAS MAHUKAN WAN AZIZAH

Tuesday 26 August 2014

KRISIS MB SELANGOR : PKR DAN DAP BERTEGAS MAHUKAN WAN AZIZAH

Parti PKR dan DAP telah mengeluarkan kenyataan media selepas mesyuarat tergempar mereka malam tadi selepas titah DYMM Sultan Selangor yang mahukan 3 parti di dalam pakatan Rakyat menghantar 2 nama untuk dipertimbangkan menjadi Menteri Besar.

Menurut kenyataan medianya, ia sejajar konvensi yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat dalam tahun 2013 selain Wan Azizah yang mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang Ahli Dewan Negeri.


Berikut Ialah Kenyataan Media yang dihantar sebentar tadi :-
KENYATAAN MEDIA PARTI KEADILAN RAKYAT DAN PARTI TINDAKAN DEMOKRATIK
PERLANTIKAN DATO’ MENTERI BESAR KEADILAN DAN DAP MENJUNJUNG TITAH DYMM TUANKU SULTAN SELANGOR
KEADILAN dan DAP merafak sembah menjunjung kasih dan rasa syukur dengan titah DYMM Tuanku Sultan Selangor mengenai pelantikan Dato’ Menteri Besar yang baru seperti kenyataan rasmi Pejabat DYMM Tuanku Sultan Selangor yang ditandatangani Dato’ Mohamad Munir bin Bani hari ini.
Titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu adalah sejajar dengan konvensi (convention) yang telah diamalkan secara berterusan dalam pelantikan Dato’ Menteri Besar sebelum ini.
DYMM Tuanku Sultan Selangor turut menitahkan parti-parti Pakatan Rakyat mencalonkan lebih dari satu nama dalam melantik Dato’ Menteri Besar dalam tahun 2013. Titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu disampaikan kepada KEADILAN, PAS dan DAP melalui satu surat bertarikh 7 Mei 2013 (yang disertakan bersama) yang melambangkan konvensi yang diamalkan DYMM Tuanku Sultan Selangor sebelum ini.
Susulan itu, mengambil kira titah DYMM Tuanku Sultan Selangor dan konvensi yang diamalkan sebelum ini dalam pelantikan Dato’ Menteri Besar, parti-parti Pakatan Rakyat telah mencalonkan satu nama iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim untuk dipertimbangkan DYMM Tuanku Sultan Selangor dalam tahun 2013. Pencalonan ini diperkenankan dan diterimapakai oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor.
Oleh yang demikian, KEADILAN dan DAP menjunjung titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu dan akan mempersembahkan pencalonan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dipertimbangkan DYMM Tuanku Sultan Selangor sejajar dengan konvensi yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat dalam tahun 2013 memandangkan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang Ahli Dewan Negeri (termasuk YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri).
KEADILAN dan DAP merakamkan doa dan menjunjung kasih atas budi bicara ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor.

DATO’ SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Setiausaha Agong KEADILAN
TONY PUA
Setiausaha Publisiti DAP
26 Ogos 2014
Namun Parti Pas masih belum mengemukakan 2 nama seperti yang dititahkan DYMM Sultan Selangor. Menurut kenyataan Nik Aziz ketika ditemu bual oleh wartawan TV3 petang tadi, dia bersetuju dengan tindakan sultan yang mahukan 2 nama tersebut dan ianya dilihat selaras dengan keputusan mesyuarat parti itu pada minggu lepas yang telah mengumumkan bahawa mereka bersetuju dengan 2 nama iaitu Ds Wan Azizah dan Yb Azmin Ali untuk dikemukakan kepada Sultan Selangor dan sekaligus dilantik menjadi Menteri Besar.
Nik Aziz juga menyatakan apa-apapun segala keputusan akhir  beliau serahkan kepada Pas Pusat dan biarlah mereka membuat keputusan mengumumkan 2 nama untuk dipersembahkan kepada Sultan  nanti.

No comments:

Post a Comment