ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SIDANG DUN KELANTAN HARI KEDUA TEGANG!!!

Wednesday 9 October 2013

SIDANG DUN KELANTAN HARI KEDUA TEGANG!!!


KOTA BHARU - Sidang Dun Belanjawan yang masuk hari kedua semalam, tegang apabila berlaku perang mulut antara Ketua Pembangkang, Datuk Nozula Mat Diah dan beberapa Adun ketika membangkitkan beberapa isu khususnya melibatkan hak rakyat.

Ketegangan tercetus ketika Datuk Nozula mengeluarkan kenyataan ‘Melayu kini diambang maut’ dan menggesa agar dihentikan perbalahan sesama Islam sebelum sesi perbahasan dicelah Datuk Che Abdullah Mat Nawi (Pas- Wakaf Bharu).

Che Abdullah bertanya sama ada Nozula ingin menarik balik kenyataan ‘Melayu kini diambang maut’ atau sebaliknya, sebelum ditekankan dengan perkataan ‘diambang’ beberapa kali oleh Adun Paloh itu.

“Nak tanya Yang Berhormat (YB) Paloh, tok se (tak nak) tarik ke kenyataan tadi bahawa Melayu diambang maut, 60 tahun Umno memerintah tiba-tiba Melayu diambang maut."

“Diambang..kalau kita berbalah begini, sememangnya akan mampus, sekarang ambo (saya) kata diambang, kerana perbalahan kita, sebelum terlambat, sebelum menjadi hancur, mampus, kita perlu berbaik- baik menyatupadukan Melayu untuk menjadikan ia sebagai kekuatan Melayu,” katanya.

Suasana tegang yang berlaku sekitar lima minit itu turut mengundang ketawa media, pemerhati dan orang ramai yang mengikuti sesi perbahasan tersebut.
SH

No comments:

Post a Comment