ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: BERITA TERKINI KES ROMPAK DAN BUNUH DI AMBANK SUBANG JAYA.

Friday 25 October 2013

BERITA TERKINI KES ROMPAK DAN BUNUH DI AMBANK SUBANG JAYA.

KETUA Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan menunjukkan gambar suspek, Ardi Hamza, seorang pengawal keselamatan yang dikehendaki polis berkaitan kes rompak dan bunuh di sebuah bank pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

Kes Ambank: Suspek Larikan Rm450,000 – Polis

KUALA LUMPUR, 25 Okt  – Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai wanita dalam kejadian rompakan di Ambank cawangan Subang Jaya Rabu lepas, melarikan wang tunai berjumlah RM450,000.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Supt Tan Ah Chua ketika dihubungi Bernama hari ini, berkata maklumat itu disalurkan oleh pihak bank kepada polis.

Mengenai identiti sebenar suspek yang menggunakan nama Ardi Hamza itu, beliau berkata perkara berkenaan masih dalam siasatan.

“Polis sedang menunggu pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara,” katanya.

3 ahli keluarga suspek utama rompakan bank ditahan

SHAH ALAM: Polis menahan tiga suspek yang juga ahli keluarga suspek utama dalam kes tembak di sebuah bank di USJ 2 Sentral dan merampas wang tunai sebanyak RM20,000 dipercayai sebahagian daripada kira-kira RM450,000 wang tunai yang dilarikan dalam kejadian Rabu lalu.

Semua suspek berusia lingkungan 20-an hingga 30-an itu ditahan di kediaman mereka di Klang, lewat malam hari kejadian, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan.

Tambahnya lagi, polis akan mengambil tindakan ke atas individu yang bertanggungjawab mendedah dan menyebar gambar serta rakaman CCTV kejadian tembak dan rompak mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Media.

Lesen Syarikat Dibatal Serta Merta

Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan lesen syarikat kawalan keselamatan yang menggaji pengawal keselamatan terlibat dalam kejadian menembak mati pegawai operasi Ambank di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya, semalam.

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) KDN Datuk Alwi Ibrahim berkata, syarikat berkenaan didapati gagal mematuhi syarat dan peraturan pengendalian serta pengurusan agensi persendirian di bawah Akta Agensi Persendirian 1971.

"Kementerian mendapati syarikat kawalan keselamatan itu mempunyai lesen untuk menggaji pengawal keselamatan yang menggunakan senjata api tetapi pengawal keselamatan (suspek) itu tidak ada lesen membawa senjata api.

"Selain itu, syarikat kawalan keselamatan itu baru mengemukakan permohonan untuk membuat tapisan keselamatan bagi pegawal keselamatan terbabit (suspek) pada hari ini. Sehubungan itu, KDN memutuskan untuk membatalkan lesen syarikat berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Alwi berkata polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti identiti dan latar belakang suspek yang merupakan seorang pegawal keselamatan gantian di bank berkenaan.

"Setakat tengah hari tadi, suspek belum ditahan," katanya. 
Suami harap pembunuh Norazita dihukum setimpal
KUALA LUMPUR - Suami pegawai bank yang ditembak mati dalam kejadian rompakan di cawangan Ambank Subang Jaya, Rabu lepas, berharap mereka yang terlibat dalam kejadian itu dikenakan hukuman setimpal.

Irwan Kamarudin, 37, ketika dihubungi Bernama berkata kejayaan polis menangkap mereka yang terbabit akan memberi keadilan atas kematian isterinya.

Beliau mengucapkan terima kasih atas tindakan pantas polis menangani kes itu sehingga berjaya menangkap tiga individu yang mempunyai pertalian dengan pengawal keselamatan yang menembak isterinya dan melarikan wang RM450,00 dari bank berkenaan.

"Terima kasih juga kepada PDRM kerana telah mengiringi dan memudahkan perjalanan menghantar arwah isteri saya ke kampung sehingga selesai majlis pengkebumian," katanya.

No comments:

Post a Comment