ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KETUA PEMUDA PAS JERAI CALON PAS PRK DUN SUNGAI LIMAU

Tuesday 22 October 2013

KETUA PEMUDA PAS JERAI CALON PAS PRK DUN SUNGAI LIMAU


YAN – Pengarah Jabatan Pasti Negeri Kedah, Azam Abdul Samad, 37, diumumkan sebagai calon Pas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau.

Pengumuman itu dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Markaz Penerangan Pas Sungai Limau, di sini, semalam.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Pas Kawasan Jerai adalah merupakan anak didik kepada bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak dalam soal pendidikan agama.

Abdul Hadi ketika pengumuman itu memberitahu bahawa Azam adalah antara calon sesuai kerana beliau mempunyai sifat ketokohan seperti yang ada pada Allahyarham Azizan.

Majlis pengumuman calon itu turut dihadiri oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah, Datuk Mahfuz Omar serta beberapa pimpinan PR negeri Kedah dan Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, Pas menyertai PRK Dun Sungai Limau pada 4 November ini adalah untuk membuktikan bahawa perjuangan Pas dan PR tidak pernah berhenti, meskipun telah kehilangan seorang tokoh yang amat disegani ramai.

Azam mempunyai Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah dari Universiti Al-Azhar, Mesir, Namanya memang disebut-sebut antara calon yang layak mewakili Pas pada PRK Dun Sungai Limau.

Selain anak didik Allahyarham Azizan, beliau cukup dikenali dalam Majlis Tindakan Dun (MTD) Sala yang kini dikenali sebagai Dun Sungai Limau.

Selain itu, beliau juga mempunyai rekod keperibadian yang baik dalam parti selain tidak mempunyai musuh dalaman serta mampu memerangkap agenda BN.

Azam yang baru dilantik memegang jawatan Ketua Pemuda Pas Kawasan Jerai baru-baru ini, menjadi sebutan akar umbi dan penduduk, antaranya di Kampung Ulu Sedaka, Batu 18, Sungai Limau Luar, Sungai Daun Atas dan Kuala Sedaka.

Mereka percaya beliau boleh mematikan hujah BN kerana mempunyai kelayakan akademik yang tinggi, berlatar belakang agama dan berperibadi mesra pengundi.

Datuknya, Hamid Ibrahim juga adalah antara pengasas Pas Kedah dan beliau dibesarkan di pondok Al-Nahdhoh, manakala ibunya, dikenali sebagai Ustazah Maryani juga adalah aktivis Muslimat Pas Kawasan Jerai. Begitu juga bapanya amat aktif dalam parti sebelum meninggal dunia pada tahun 2003.

Azam juga dikatakan mampu memimpin bacaan tahlil dan berkhutbah seperti yang dikehendaki masyarakat setempat.

Pada 4 November ini, Azam bakal berhadapan calon BN yang merupakan seorang bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Ahmad Sohaimi Lazim.

Bernama

No comments:

Post a Comment