ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ADAKAH KEMPEN HUSAM MUSA SEBAGAI PRESIDEN PAS SUDAH BERMULA ???

Tuesday 15 October 2013

ADAKAH KEMPEN HUSAM MUSA SEBAGAI PRESIDEN PAS SUDAH BERMULA ???


“Orang Muda mahu Husam Musa Presiden???” begitulah tajuk muka depan Buletin Rakyat, bilangan 184, 1 Oktober 2013 seperti satu tiupan trompet berkempen terhadap Datuk Husam Musa untuk dicalonkan sebagai Presiden Pas berlawan dengan penyandang jawatan itu dari kem ulama, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat sudah membayangkan bahawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang kena dikekalkan sebagai Presiden Pas dan Timbalannya ulama.
“Itu pandangan Nik Aziz yang mungkin mewakili pandangan veteran atau warga emas parti itu. ada kemungkinan pandangan Nik Aziz mungkin tidak senada dengan golongan muda yang mahukan pucuk pimpinan parti itu diganti dengan muka baru pada pemilihan parti itu dijangka November ini,”lapor Buletin Rakyat.
Mewakili golongan anak muda, akhbar tabloid itu memetik pendapat Exco Dewan Pemuda Pas Johor, Shake Omar Ali yang mahu seorang tokoh dari Pas yang mampu menyaingi ketokohan Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Shake Omar Ali yang juga Pengarah Free Public Forum Malaysia (FPF) baru-baru ini telah menganjurkan satu forum bertajuk “Survival PAS dalam arena politik Malaysia” di KLSCAH (KL Selangor Chinese Assembly Hall), yang membariskan empat ahli panel iaitu dua orang Naib Presiden Pas, Husam Musa dan Salahuddin Ayub, Ahli Dewan Undangan Negeri Pas Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Pengarah Penyelidikan Pas, Dr Dzulkefly Ahmad.
“Benarkah dalam Pas tiada sosok yang setanding atau mempunya karisma seperti Anwar Ibrahim? Ini disangkal sama sekali aktivis muda Pas. Kata mereka, Pas mempunyai pemimpin terbaik seperti Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub, cuma terdapat gelombang pemimpin lama mahu terus mengekalkan kepimpinan ulama dalam parti itu.
“Mungkin pandangan Shake Omar bersifat umum tapi hakikatnya Pas sudah boleh berbangga melahirkan sosok bernama Husam Musa yang boleh dijadikan jambatan kepada dua kelompok sasar iaitu golongan muda dan ulama parti itu,”lapor akhbar tabloid itu.
Menurut akhbar itu lagi Muktamar kali ini adalah masa terbaik, Pas melakukan proses transisi jawatan Presiden Pas dari Abdul Hadi kepada Husam Musa.
“Sehubungan itu, Pas yang sering mendakwa sebagai sebuah gerakan Islam harus melakukan proses peralihan kuasa Presiden parti itu kepada pemimpin pelapis Husam Musa pada muktamar November ini.
“Jika ini tidak dilakukan maka Pas akan menghadapi zaman gerhana sampai bila-bila,”kempen akhbar tabloid itu lagi.
AIDCNews

No comments:

Post a Comment