ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: LAGI KENA BUNUH DI TERENGGANU. APA NAK JADI NEGARA INI !!!

Wednesday 14 August 2013

LAGI KENA BUNUH DI TERENGGANU. APA NAK JADI NEGARA INI !!!


Seorang peniaga kedai nasi kukus maut dipercayai ditikam dalam kejadian di Kampung Cacar, Paka dekat sini, hari ini. Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa, Mohamad Lutfi Mansor, 50, keluar dari rumah kedainya kira-kira pukul 4.30 pagi untuk memasukkan wang kira-kira RM10,000 hasil jualan harian lima cawangan di sebuah bank berhampiran. 

Isteri mangsa, Norzuedawati Umar, 25, memberitahu, kejadian hanya disedari kira-kira pukul 7.30 pagi selepas dimaklumkan salah seorang adiknya yang ternampak mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah di hadapan kedainya.

"Polis beritahu terdapat kesan tikaman di dada suami saya," katanya.Jelasnya, Toyota Hilux milik suaminya serta wang tunai dan juga beberapa barang berharga lain dilarikan penjenayah tersebut.

No comments:

Post a Comment