ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KIBAR JALUR GEMILANG : SETUJU CADANGAN KERAJAAN WUJUD UNDANG-UNDANG KHAS !!! @shaberyc

Tuesday 27 August 2013

KIBAR JALUR GEMILANG : SETUJU CADANGAN KERAJAAN WUJUD UNDANG-UNDANG KHAS !!! @shaberyc


Selama ini setiap kali tibanya bulan Ogos tidak pernah menjadi persoalan siapa yang mahu mengibarkan bendera Jalur Gemilang atau sebaliknya kerana kebanyakan beranggapan ia adalah tindakan sukarela yang bergantung pada kehendak seseorang individu.

Ia dianggap perkara remeh-temeh dan tidak diambil berat barangkali masing-masing merasakan cukuplah kibaran Jalur Gemilang diutamakan di sekolah-sekolah manakala semarak patriotisme disebalik kibarannya biarlah sekadar membara dikalangan pasukan keselamatan negara sahaja.

Senario sama juga berlaku dikalangan pemilik premis perniagaan bila mana masih ramai yang tidak mengambil berat perihal mengibarkan bendera kebangsaan kerana merasakan itu bukannya sesuatu yang wajib.  Pada mereka soal untung rugi perniagaan lebih penting dari hal patriotisme.

Namun bagi kebanyakan premis milik kerajaan termasuk sesetengah Majlis Bandaran nampaknya lebih serius mengabadikan bulan kemerdekaan kibaran Jalur Gemilang yang sedikit sebanyak dapat memeriahkan sambutan kemerdekaan negara yang diraikan saban tahun.

Sudah tiba masanya dua senario berbeza ini dicari titik temunya di mana setiap pihak samada kerajaan mahupun pemilik perniagaan swasta sama-sama berganding bahu dalam menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan sempena menjelangnya 31 Ogos setiap tahun.

Baru-baru ini Kementerian Komunikasi dan Multimedia dilaporkan bersedia untuk mengkaji secara serius kemungkinan mewujudkan undang-undang khas yang mewajibkan setiap premis kerajaan mahupun swasta mengibarkan bendera Jalur Gemilang dalam setiap bulan kemerdekaan.

Tujuannya jelas untuk melatih rakyat supaya lebih menghormati panji kebesaran negara dan diharapkan akan meningkat semangat patriotisme khalayak supaya lebih menyayangi tanahair tercinta ini. Di masa yang sama setiap warga akan lebih menghargai kemerdekaan yang dikecapi.

Saya pasti andainya undang-undang khas ini menjadi kenyataan sebahagian besar warganegara ini akan menyambutnya dengan baik kerana jika bukan kita yang meraikan kemerdekaan negara dan mengibarkan Jalur Gemilang, siapa lagi yang mahu kita harapkan?

Untuk permulaan wajibkan dulu perlaksanaannya dikalangan agensi kerajaan dan pemilik premis perniagaan swasta. Bagi kediaman individu, biarkan masa yang mencoraknya sambil kempen ke arah meningkatkan semangat patriotisme rakyat diperluaskan.

Elok disegerakan penggubalan undang-undang tersebut, setidak-tidaknya bermula tahun depan atau dua tahun dari sekarang ia dapat direalisasikan sekaligus dapat meningkatkan kesedaran umum betapa kibaran Jalur Gemilang amat akrab dengan semarak semangat patriotisme warganya.

No comments:

Post a Comment