ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ISTERI DIBELASAH DALAM LIF : VIDEO PENJELASAN KENAPA BELIAU DIPUKUL !!!

Thursday 15 August 2013

ISTERI DIBELASAH DALAM LIF : VIDEO PENJELASAN KENAPA BELIAU DIPUKUL !!!


Selain masalah rumah tangga, berang kerana anak-anak enggan mengikutnya keluar bersiar-siar, adalah punca seorang suami sanggup melampiaskan nafsu kemarahan dengan membelasah isterinya di dalam sebuah lif di sebuah hospital.

Menurut wanita yang teruk dibelasah dalam lif di sebuah hospital swasta di Bandar Perda dan turut dilihat oleh anak mereka..., beliau berkata suami memintanya agar memberi kefahaman kepada anak-anak yang dia jarang pulang dan ingin membawa mereka keluar.

Namun anak kedua merengek dan enggan mengikutnya sekali gus membuatkan suaminya bertindak gila dengan memukulnya tanpa rasa perikemanusian.

Dalam pada itu, wanita terbabit dilaporkan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap suaminya kerana perbuatan kejam itu telah mendatangkan kecederaan kepadanya.

Menurutnya lagi, dia sudah tawar hati terhadap suaminya itu dan sebelum ini sudah tinggal berasingan.

Dalam perkembangan yang sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah, berkata polis kini memburu suaminya untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dengan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga satu tahun dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Baru-baru ini adik mangsa, Mohd Yunus Ahmad Ramli telah memuat naik rakaman video CCTV yang memaparkan kakaknya dipukul ke dalam laman sosial Facebook dan berharap pihak polis mengambil tindakan susulan.

Video penjelasan mangsa yang dipukul suami dalam lif

Polis kenal pasti kawasan persembunyian penjawat awam pukul isteri

BUKIT MERTAJAM: Polis sudah mengenal pasti kawasan persembunyian penjawat awam yang menghilangkan diri selepas rakaman CCTV yang menunjukkan dia membelasah isterinya di dalam lif tersebar di laman web sosial. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Mazlan Kesah berkata, polis juga mendapat beberapa maklumat terkini mengenai lelaki berusia 36 tahun yang bertugas di Jerantut, Pahang itu. 

"Berdasarkan maklumat yang diperoleh, lelaki itu dipercayai bersembunyi di sebuah negeri tetapi bukan di Pulau Pinang atau Pahang dan pasukan kita hanya menunggu masa untuk menahannya. 

"Kami percaya dapat menyelesaikan kes itu dalam tempoh terdekat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan program kepolisan berfrofil tinggi di sebuah rumah mangsa samun di Kampung Belah Dua, di sini hari ini.

Rakaman CCTV yang dimuat naik dan disebar secara meluas dalam Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh, menampar dan menendang mangsa beberapa kali dalam sebuah lif hospital swasta di Bukit Mertajam dekat sini. 

Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang masing-masing berusia empat dan lima tahun.
Selanjutnya.

No comments:

Post a Comment