ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH

Friday, 4 December 2015

BAYARAN KHAS KAKITANGAN KERAJAAN, PESARA DIBUAT MINGGU PERTAMA 2016


Kementerian Kewangan mengarahkan semua kementerian supaya membuat pembayaran bagi pemberian khas sebanyak RM500 kepada kira-kira 1.6 juta penjawat awam pada minggu pertama tahun depan.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata pembayaran pada minggu tersebut diharap dapat membantu ibu bapa menyediakan barangan dan bayaran persekolahan anak-anak.

Pada masa yang sama, 700,000 pesara kerajaan juga akan menerima bayaran khas RM250.

“Saya dapati kementerian-kementerian masih lagi boleh berbelanja. Jadi, saya telah maklumkan kepada mereka supaya menyiapkan bayaran gaji tahun ini dan bayaran khas seperti yang diumumkan dalam Bajet 2016,” katanya kepada media di program #MyUberPitch di sini hari ini.

Ketika membentangkan Bajet 2016 bertemakan ‘Mensejahtera Kehidupan Rakyat’ di Dewan Rakyat pada 23 Oktober, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kedua-dua bayaran tersebut berjumlah hampir RM1 bilion akan dibuat pada bulan Januari 2016.

PAS TIDAK SEPATUTNYA TERPERANGKAP PERMAINAN POLITIK SANDIWARA PKR – ANUAR


Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata Pas tidak sepatutnya meletakkan kepercayaan  kepada rakan sekutunya PKR kerana mereka hanya akan bernilai dan dihargai sehingga Pilihan Raya Umum akan datang sahaja.

Justeru kata beliau buat masa ini Pas perlu berkira-kira dan bermain politik dengan bijak dan perlu memahami gerak tari langkah politik sekutunya itu yang dilihat bermain wayang dalam permainan politik mereka baik di peringkat nasional mahu pun di negeri Selangor.

“Saya cukup masak dengan permainan politik PKR ini. Pas perlu sedar dan perlu tahu bagaimana politik yang diguna pakai PKR hari ini. Pas tidak sepatutnya terus diperangkap dan dipermain-mainkan dengan parti yang penuh sandiwara ini.

“Saya yakin dan penuh perPanPKRDapcaya jika diberi pilihan antara Pas dan Dap, PKR tentunya akan memilih DAP dan Pas pula akan terus terkontang-kanting. Melihat kepada senario yang ada dan permainan politik PKR itulah yang kita boleh jangkakan,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Mengulas lebih lanjut, Anuar Shaari seterusnya menambah jika itu berlaku ianya bukanlah politik yang mengejutkan dan masyarakat umum boleh melihat perkara berkenaan menjelangnya pilihan raya umum akan datang.

Ujar beliau PKR tidak mampu berdiri dengan sendiri dan tentunya apabila tiba masanya nanti parti pimpinan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail perlu membuat pilihan dan perlu berkorban dalam memilih rakan sekutu.

“Bagi PKR mereka sama sekali tidak mampu kehilangan Dap.  Ini kerana jika mereka menolak Pas, mereka mempunyai pilihan pengganti iaitu parti serpihan Pas iaitu Parti Amanah.

“Jadi kepada kesimpulan di atas adalah Pas yang akan menjadi mangsanya dan sebab itulah penekanan tadi bahawa tidak perlunya Pas menaruh kepercayaan dan keyakinan yang tinggi kepada rakan sekutunya itu.

“Rasanya sudah tiba masa untuk Pas memikirkan jalan politik yang terbaik untuk mereka dan bukannya bergantung harap sepenuhnya kepada PKR. Percayalah nasib malang bakal menimpa mereka jika terus mengambil sikap sedemikian,” ujarnya.
MediaUMNO

1MDB : DAKWAAN TUN M TANPA BUKTI, HANYA ANDAIAN


PETALING JAYA: Pihak 1MDB menganggap catatan terkini pada blog Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai intipati yang berulang, tanpa bukti, tuduhan tidak berasas dan hanya berdasarkan dakwaan serta andaiannya.
Ia masih berlaku walaupun 1MDB telah mengemukakan fakta dan penjelasan, tetapi Dr Mahathir berulang kali mendakwa "RM42 bilion hilang" daripada syarikat itu.
Tindakan yang dianggap tidak seperti amalan biasa bekas Perdana Menteri itu, 1MDB tetap mahu berurusan dengan fakta kerana adalah jelas akaun 1MDB telah diaudit firma antarabangsa.
Juga diketahui ramai bahawa Ketua Audit Negara diarah Kabinet pada 4 Mac 2015 untuk meneliti akaun terdahulu 1MDB. Laporan awal yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang NEgara (PAC) pada 9 Julai lalu sebelum laporan akhir akan diserahkan kepada kerajaan dan Ahli Parlimen pembangkang pada 17 Disember 2015.
Sepanjang sejarah negara ini, 1MDB adalah syarikat yang paling banyak disiasat dan bekerjasama dengan pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis, Bank Negara Negara, Jabatan Audit Negara dan PAC.
Dokumen dan bukti telah diserahkan kepada pihak berkuasa yang menjalankan siasatan terhadap 1MDB.
Jika Dr Mahathir mahu mengetahui kebenaran, beliau akan membenarkan semua agensi berkenaan selesai menjalankan siasatan dan memperoleh hasilnya.
Bagaimanapun, Dr Mahathir tidak berbuat demikian, sebaliknya berterusan membuat dakwaan tanpa siasatan atau rujuk kepada fakta tanpa mengambil kira aspek perundangan.
Menerusi kenyataannya, Dr Mahathir dilihat menghina dan memandang rendah pelbagai agensi yang menyiasat 1MDB. Selepas 22 tahun berkuasa, dalam fikirannya, beliau sahaja yang betul, walaupun dakwaanya bahawa "RM42 bilion hilang" itu salah.
mStar

ISU BERGAMBAR : NURUL IZZAH SEBAK, DEWAN RAKYAT KECOH


KUALA LUMPUR - Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) hari ini tampil memberi penjelasan kepada Dewan Rakyat berhubung kontroversi gambarnya yang tersebar dengan anak pengganas Sulu, Jacel Kiram.

Suasana dewan menjadi kecoh apabila Nurul Izzah memulakan penjelasan.

"Saya mahu kemelut ini selesai segera. Saya turut bersedih atas pemergian wira-wira kita ini termasuk bahaya lanjut yang terus dihadapi di Sabah.

"Saya berasa amat kesan dan memohon maaf terutama kepada semua mangsa tragedi Lahad

Datu dan kesemua rakyat Malaysia yang terkesan dan marah dengan gambar tersebut," katanya dengan nada sebak pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.


Akui terkesan dengan tuduhan berat yang dilemparkan terhadapnya, Nurul Izzah menegaskan pertemuan dengan Jacel Kiram itu tidak dirancang.

"Saya ke Filipina pada 9 dan 10 November atas jemputan kerajaan Filipina dan salah satu acara tersebut majlis makan malam terbuka yang diatur tuan rumah iaitu Majlis Hal Ehwal Filipina dan Institusi Demokrasi Asia, Pejabat Datuk Bandar Manila, Pejabat Naib Presiden Filipina dalam menyokong desakan PBB agar bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan serta merta.

"Lawatan ini melibatkan perbincangan antaranya peluang ruang demokrasi, urus tadbir negara yang baik dan tentunya sokongan terhadap desakan PBB itu. Penganjur mengelola sesi berfoto secara berkumpulan, saya bergambar dengan semua yang hadir sebagai dukungan terhadap keputusan PBB. Penganjur sediakan plakad," katanya.

Katanya, Jacel Kiram salah seorang daripada tetamu yang dijemput penganjur dan dimaklumkan bahawa Jacel Kiram merupakan calon pilihanraya kongres Filipina.

"YB Batu beredar seketika lebih awal dan beliau tiada kena mengena dengan penganjur.

"Gambar yang dimuatnaik di laman media sosial peribadi Jacel bukan saya seperti didakwa oleh mana-mana pihak. Saya tegaskan saya salah seorang jemputan, tidak pernah rancang pertemuan atau berkenalan dengan Jacel Kiram," katanya.

Sesi perbahasan bagi usul itu terus menjadi kecoh apabila ahli Parlimen BN mula berbahas.

Meskipun beberapa kali ditegur Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, suasana tetap kecoh sehingga Pandikar terpaksa memberi amaran untuk mengeluarkan wakil rakyat yang mengganggu perbahasan.
SH

REBUT HADIAH PENERBANGAN, TELEFON PINTAR DALAM 'PERADUAN KAPSYEN DESTINASIKU'


PETALING JAYA: Syarikat penerbangan AirAsia dan Tune Talk bersama portal mStar Online bakal menganjurkan Peraduan Kapsyen Destinasiku bagi memberi peluang kepada pembaca memenangi hadiah-hadiah menarik.

Tempoh peraduan bermula dari 7 Disember sehingga 20 Disember 2015 yang menawarkan hadiah tiket penerbangan ke Pattaya, Thailand dan Kaohsiung, China sumbangan AirAsia.

Selain itu Tune Talk turut menyediakan hadiah berupa telefon pintar jenis Microsoft Lumia 430 DS dan juga kad prabayar.

Syarat menyertai peraduan ini cukup mudah iaitu dengan memuat naik foto percutian destinasi dalam negara dan tuliskan kapsyen kenapa anda menyukai percutian itu.

Bagi melayakkan anda mendapat hadiah ditawarkan, promosikan peraduan anda itu kepada teman-teman agar anda mendapat jumlah “likes” yang banyak.

Hadiah-hadiah diberikan secara harian dan mingguan.

Kepada pembaca mStar Online, pastikan anda menanti tarikh 7 Disember ini untuk menyertai peraduan mudah kami.

Sila layari promosi peraduan ini di: http://peraduan.mstar.com.my/mStarKapsyen/

RUU MAJLIS KESELAMATAN NEGARA 2015 DILULUSKAN DEWAN RAKYAT


KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara 2015 diluluskan Dewan Rakyat selepas bacaan kali ketiga hari ini.

Perbahasan rang undang-undang itu bermula sekitar jam 4.30 petang tadi sebelum ia diluluskan sekitar jam 10.52 malam.

Undian belah bahagi yang dijalankan sebelum itu menyaksikan 107 Ahli Parlimen bersetuju dan 74 lagi menolak.

Ketika sesi penggulungan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim memberi jaminan bahawa rang undang-undang ini akan mengukuhkan mekanisme keselamatan negara.

Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 antara lain memperuntukkan 15 kuasa khas bagi penubuhan MKN serta pasukan keselamatan mengawal dan menyelaras operasi berkaitan keselamatan negara.

Selain itu, Shahidan juga menafikan dakwaan ahli-ahli Parlimen pihak pembangkang bahawa rang undang-undang ini mengambil alih kuasa Yang diPertuan Agong.

"Ia membabitkan kawasan keselamatan Yang Berhormat. Bukannya darurat," jelas Shahidan.

Beliau mengambil contoh penubuhan Kawasan Khas Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) bagi menangani ancaman pencerobohan di Sabah, beliau berkata penggubalan undang-undang itu juga bagi memberi perlindungan kepada keselamatan rakyat di negara ini ketika menghadapi apa jua ancaman.

HAD UMUR PENGERUSI JKKK, JKKKP DINAIKKAN KEPADA 69 TAHUN


KUALA LUMPUR: Had umur maksimum Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan JKKK Persekutuan (JKKKP) dinaikkan daripada 65 tahun kepada 69 tahun.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bagaimanapun had umur itu bergantung kepada keadaan kesihatan mereka.
"Jangan pilih bulu, kalau nak sambung (had umur), kita sambung kepada semua orang kecuali mereka yang telah uzur dan tidak ada kemampuan.
"Saya cadang supaya had umur ditambah kepada dua penggal iaitu hingga 69 tahun," katanya ketika berucap pada perhimpunan JKKK dan JKKKP Malaysia 2015 di sini, Khamis.
Beliau berkata keputusan itu diharap dapat menyelesaikan isu had umur yang dibangkitkan golongan tersebut.Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi program latihan untuk memperkasakan JKKK dan JKKKP melalui Institut Kemajuan Desa (Infra). 
Beliau berkata sebagai pemimpin akar umbi, JKKK dan JKKKP perlu memainkan peranan penting serta lebih luas dalam membantu kerajaan.
Kata Najib, mereka ibarat tiang seri kepada kerajaan hari ini dan bertindak sebagai pengantara antara kerajaan dan rakyat terutama di kawasan luar bandar.
"Kepimpinan JKKK, JKKKP ibarat pokok di mana tuan-tuan berada di peringkat akar umbi, atau ibarat piramid. Kalau di peringkat 'base' kuat, maka kepimpinan atas tidak mudah ditolak oleh sesiapa," katanya.
Selain itu, beliau berkata mereka juga perlu bertindak sebagai mata dan telinga kerajaan untuk mendengar masalah penduduk setempat dan menyampaikannya kepada kerajaan."
Jika ada masalah kos sara hidup, tolong sampaikan kepada kerajaan supaya kita boleh hulur bantuan," katanya.
Najib berkata tanggungjawab JKKK dan JKKKP ketika ini cukup mencabar di mana mereka berperanan mewujudkan keharmonian dan perpaduan di dalam kampung selain mengetahui masalah di kawasan masing-masing.
Lebih 10,000 pemimpin JKKK dan JKKKP hadir pada perhimpunan itu.
Bernama

PERMOHONAN BR1M & PEMBAYARAN BR1M 2016


Pembayaran BR1M 2016
Jadual Pembayaran BRIM 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia 5.0

1⃣Kategori Pendapatan Isirumah Bawah RM1,000 (e-Kasih): RM1050
🔹Ansuran pertama: RM350 pada Januari 2016
🔹Ansuran kedua: RM350 pada Mei 2016
🔹Ansuran Ketiga:RM 350 pada September 2016 

2⃣Kategori Pendapatan Isirumah Bawah RM3,000: RM1000
🔹Ansuran pertama: RM300 pada Januari 2016
🔹Ansuran kedua: RM350 pada Mei 2016
🔹Ansuran Ketiga:RM 350 pada September 2016

3⃣Kategori Pendapatan Isirumah RM3,001 hingga RM4,000: RM800
🔹Ansuran pertama: RM250 pada Januari 2016
🔹Ansuran kedua: RM250 pada Mei 2016
🔹Ansuran Ketiga:RM 300 pada September 2016 

4⃣Kategori BR1M Individu Bujang: RM400
🔹RM400 pada Januari 2016 

⭐Tempoh Kemaskini BRIM 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia 5 Disember 2015 hingga 31 Disember 2015.

⭐Kemaskini BRIM 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia 5.0 Online

Thursday, 3 December 2015

SUAMI SUSPEK KES VIRAL 'MOK BIEY" DI TEMBAK !!!


BACHOK - Seorang lelaki berusia 20 tahun yang dipercayai suami kepada suspek kes viral pukul wanita iaitu Mok Biey ditembak pada kaki kanan dan kiri dalam kejadian jam 1 pagi tadi.

Kejadian berlaku ketika mangsa berada di perkarangan rumahnya di Kampung Pauh Sembilan, Tawang, Bachok.

Mangsa dikatakan ditembak dua lelaki tidak dikenali yang menaiki motosikal.

Mangsa kini berada di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, bagi mendapatkan rawatan susulan.

sinarharian

MYVI HADIAH UTAMA PERTANDINGAN NAMAKAN ANAK PANDA



PUTRAJAYA: Hadiah utama sebuah Perodua MyVi bakal menjadi milik pemenang utama bagi Pertandingan Menamakan Anak Giant Panda berakhir 17 Disember ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata hadiah keseluruhan yang ditawarkan untuk pertandingan berkenaan bernilai kira-kira RM60,000.

Katanya, selain hadiah utama pertandingan itu juga menyediakan dua motosikal Demak Rino dan Demak DJ 90 sebagai hadiah saguhati kepada pemenang yang berjaya memberi nama yang memenuhi syarat pertandingan itu. "Setakat hari ini, sebanyak 960 penyertaan diterima Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bagi pertandingan berkenaan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.