ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ISU MB : KHALID DAKWA PKR DAN DAP KELUARKAN KENYATAAN TIDAK TEPAT

Wednesday, 27 August 2014

ISU MB : KHALID DAKWA PKR DAN DAP KELUARKAN KENYATAAN TIDAK TEPAT

SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mengeluarkan kenyataan media tidak tepat bahawa kedua-dua parti itu telah mengusulkan satu nama sebagai calon menteri besar negeri itu kepada Sultan Selangor pada 2008 dan 2013.
"Cerita itu tidak dilaporkan secara tepat. Bukan satu nama dikemukakan," katanya.
Beliau membuat pendedahan itu ketika diminta mengulas kenyataan bersama PKR dan DAP yang menyifatkan tindakan mengemukakan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai calon tunggal untuk menggantikan Khalid sejajar dengan konvensi yang diamalkan dalam pelantikan menteri besar sebelum ini.
Hal ini kerana jelas Khalid, terdapat lebih daripada satu nama dihantar oleh kedua-dua parti pada 2008 dan 2013 menerusi permohonon berasingan.
"Permohonan berasingan (mengenai calon menteri besar) dikemukakan oleh PKR dan DAP pada 2008 dan 2013," katanya.
Terdahulu, PKR dan DAP tetap bertegas akan mengemukakan nama Wan Azizah untuk dipertimbangkan Sultan Selangor walaupun Tuanku  menitahkan setiap parti dalam Pakatan Rakyat untuk mencadangkan tidak lebih dua nama calon menteri besar.

PAS akan serah tidak kurang dua nama kepada istana


PAS akan serah tidak kurang dua nama kepada istana

KUALA LUMPUR: PAS akan mempersembahkan tidak kurang dua nama calon bakal Menteri Besar Selangor yang baharu kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Harakhadaily melaporkan tindakan itu dibuat sebagai menghormati dan menjunjung titah Sultan Selangor melalui kenyataan semalam.

Bagaimanapun jelas Mustafa, PAS akan mempersembahkan nama calon tersebut selepas menerima surat pemakluman rasmi daripada istana.

"PAS menghormati titah Tuanku dan kita akan menghantar tidak kurang dari dua nama.

"Surat tersebut biasanya ada dinyatakan deadline. Kita akan respons selepas mendapat surat tersebut.

"Saya tak fikir perlu mesyuarat (PAS Pusat) yang baru. Kita sudah ada gambaran daripada mesyuarat sebelum ini.

"Apapun perbincangan tak rasmi kita akan buat untuk mendapatkan pandangan," Mustafa dipetik sebagai berkata oleh Harakahdaily.

Mustafa berkata demikian bagi mengulas titah Sultan selangor yang mahu PAS, PKR dan DAP memberi lebih dua nama untuk diperkenankan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

PKR dan DAP dalam satu kenyataan media malam tadi memutuskan untuk mencalonkan satu nama sahaja, iaitu presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Keputusan itu dibuat dengan mengambil kira titah sultan Selangor dan sejajar konvensi yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat dalam tahun 2013 selain Wan Azizah yang mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang Adun.

No comments:

Post a Comment