Bagi peminat filem Melayu, Senario adalah filem yang sinonim dengan sambutan hari raya.
Bagaimanapun selepas Senario The Movie Ops Pocot pada 2011, tiada lagi filem terbaru lakonan anggota kumpulan lawak ini dihasilkan termasuk pada tahun ini.
Rupa-rupanya salah seorang pelakon yang juga anggota Senario iaitu Azlee Jaafar, kini dikatakan sedang terlantar di sebuah hospital swasta di Damansara kerana masalah hempedu.
Sama-samalah kita doakan semoga kesihatan Azlee segera sembuh sekali gus dapat meneruskan aktiviti lakonan seperti biasa.
Selain Azlee, Senario kini dianggotai oleh Wahid dan Mazlan (Lan Pet Pet). |
- MYNEWSHUB.MY
No comments:
Post a Comment