ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MESTI BACA : LUAHAN TIDAK PUAS HATI PENGGUNA CELCOM

Wednesday, 2 April 2014

MESTI BACA : LUAHAN TIDAK PUAS HATI PENGGUNA CELCOM



Saya tidak berniat menulis isu ini sehinggalah kejadian beberapa hari ini benar-benar mengugat kesabaran. Secara sejarahnya, saya mengambil keputusan menukar kepada Celcom sekitar tahun 2004 atau 2005 jika tidak silap saya. Kira-kira sudah hampir sepuluh tahun atau sedekad lamanya. Salah satu sebab saya bertukar kepada Celcom adalah kerana merasakan inilah syarikat telekomunikasi yang ada wajah Melayu biarpun ia merupakan GLC ketika itu. Boleh panggil saya “bersifat perkauman” namun itulah faktanya.

Ketika rakan-rakan selalu mengkritik perkhidmatan Celcom saya selalu menyatakan bahawa perkhidmatan syarikat lain pun 2×5 sahaja. Memang ada kebenarannya pandangan saya itu, namun kadang-kadang ia turut dipengaruhi sifat “nasionalis bodoh” saya.

Namun sejak minggu lalu saya sudah hilang kesabaran sehingga menghamburkan perkataan “bangang” kepada Celcom apabila bil telefon saya : 0192210430 mencecah ribuan ringgit tanpa sebarang penjelasan yang munasabah. Hamburan di facebook tersebut telah dipetik oleh Suara.TV [Lihat: Bil Telefon Beribu, Pengguna Berang Dakwa Celcom Bangang]

Kes I: Bil Meningkat Mendadak Dalam Masa Sehari

Kejadian bermula pada 28 Mac 2014 apabila saya menerima mesej pada jam 3.20 petang menyatakan bil saya sekarang berjumlah RM 782.12.

Kemudiannya pada hari yang sama pada jam 7.34 malam satu lagi mesej dihantar oleh Celcom menyatakan bil saya telah meningkat kepada RM 963.42.

Akhirnya pada jam 8.08 malam satu lagi mesej dihantar kepada saya menyatakan bil telefon saya sudah meningkat kepada RM 1195.45 dan talian saya terus disekat.


Bagaimana bil saya boleh meningkat beratus ringgit hingga mencecah RM 1000 dalam masa beberapa jam adalah sesuatu yang misteri.

Malam tersebut juga saya bekejar ke mesin pembayaran Celcom di Kuala Lumpur untuk membayar dan mengaktifkan talian tersebut. Saya bayar sekitar RM RM 1140.00 (RM 380×3). Pada malam tersebut juga talian tersebut diaktifkan secara otomatik.

Sungguhpun tidak berpuas hati, saya berpendapat mungkin ini ada kesilapan semasa keluar negara minggu sebelumnya. Namun saya pasti sangat tidak ada bil sebesar itu kerana saya telah memilih “Rakan Celcom” secara manual di negara tersebut yang menawarkan RM 38 sehari untuk penggunaan data internet.

Apa perasaan anda sekiranya dalam masa satu hari bil anda meningkat dari 500 ke RM 700 ke RM 1000 dan talian disekat pada hari yang sama? Redha sahajalah buat masa itu.

Kes II: Bil Meningkat, Celcom Tidak Boleh Jelaskan


Namun masalah yang dijangka selesai berulang lagi pada 30 Mac 2014. Pada jam 8.03 pagi saya menerima mesej menyatakan bil saya telah mencecah RM 521.51. Saya beranggapan mungkin ini kesilapan sistem.

Namun pada jam 12.32 saya menerima satu lagi mesej menyatakan bil saya kini mencecah RM 702.56. Dalam masa beberapa jam bil telefon saya telah meningkat sebanyak RM 200.00.

Saya terus menghubungi Celcom Care bagi mendapat penjelasan isu ini. Antara soalan yang ditanya kepada saya ialah adakah encik menukar telefon bimbit baru.

Sambil menyatakan saya telah beberapa bulan menukar telefon baru, saya bertanya, apa kena mengena menukar telefon baru dengan peningkatan bil secara mendadak pada minggu lalu dan pada hari ini? Beliau tidak memberi sebarang jawapan.

Beliau kemudiannya bertanya adakah saya ke luar negara baru-baru ini. Saya kata ada pada minggu lalu dan saya menggunakan “rakan celcom” di sana dan menetapkan pilihan secara manual pada telefon bimbit saya. Ini bermakna tidak mungkin akan ada peralihan daripada penyedia telekomunikasi rakan celcom kepada syarikat lain yang boleh meningkatkan bil saya secara mendadak.

Saya bertanya, “katakanlah ada kesilapan saya di luar negara tersebut pun, bagaimana bil ini boleh datang secara berperingkat-peringkat seminggu setelah saya di Malaysia?”

“Jika ada pun bil dari luar negara mengapa ia telah caj saya pada minggu lalu, dan mengenakan caj lagi pada hari ini?”

Pegawai tersebut berkata, “saya tidak dapat berbuat apa-apa encik. Kena tunggu bil encik keluar pada 13 April 2014 baru kita boleh siasat.”

Tanya saya, “Habis kalau talian saya disekat lagi saya perlu bayar lagi dan terpaksa tunggu 13 April untuk siasatan?”

“Encik boleh hubungi saya untuk aktifkan talian encik buat sementara waktu.”

Saya tahu pengaktifan seperti ini tidak bermakna apa-apa kerana ia akan disekat kembali dalam masa beberapa hari jika kita tidak menjelaskan bayaran tersebut.

Seperti dijangka talian saya disekat pada 31 Mac 2014. Saya memohon pengaktifan sementara dan diberi tempoh selama dua hari dengan had kredit RM 5 pada jam 6.51 petang.

Yang menyakitkan hati, lebih kurang sejam selepas pengaktifan sementara, saya menerima satu lagi mesej (jam 8.13 malam) menyatakan bil telefon saya telah meningkat kepada RM 1511.03. Talian saya terus disekat!


Dengan beberapa mesyuarat perlu saya hadiri malam tersebut dan keesokannya, saya fikir jika pada masa itu saya berjumpa CEO Celcom yang berambut panjang tersebut pasti saya tumbuk sahaja muka beliau!

Bayangkan hari kerja tanpa kemudahan komunikasi? Bayangkan terpaksa meminjam telefon kawan di hadapan pelanggan untuk menghubungi pejabat saya! Memalukan, tapi itulah hakikat yang terpaksa saya hadapi.

Kes III: Celcom Blue Cube Sunway Penipu

Sekitar Jam 630 petang, 1 April 2014, saya ke pusat Celcom Blue Cube di Sunway Pyramid. Saya memaklumkan kepada pegawai bertugas masalah-masalah saya seperti di atas. Berikut lebih kurang dialog antara saya dengan pegawai tersebut.

Celcom: “Saya perlu tunggu bil encik dikeluarkan dulu. Buat masa ini saya hanya boleh aktifkan akaun encik untuk 3 hari sahaja.”

Celcom: “Sebenarnya akaun encik ada lebihan RM900.”

Saya: “Habis mengapa akaun saya disekat.”

Celcom: “Itu saya tidak pasti. Kena tunggu bil encik keluar 13 April. Kalau encik nak cepat saya boleh tukar kepada 3hb.”

Saya: “Mengapa tidak boleh hari ini?”

Celcom: “Tak boleh sistem kami memang macam tu.”

Saya: “Jadi jika saya hendak tukar kepada syarikat lain tidak ada masalah? Akaun saya ada lebihan RM 900.00kan?”

Celcom: “Ya, tidak ada masalah.” (Dengan wajah yang tidak rasa apa-apa kerugian seorang pelanggan bercadang berpindah ke syarikat lain.)

Memang saya merancang untuk menukar syarikat lain kerana bosan dengan masalah ini. Namun kerana hari telah lewat petang, akaun saya telah aktif saya ambil keputusan untuk balik ke pejabat dulu.

Namun pada jam 9.14 malam saya menerima mesej Celcom menyatakan bil saya mencecah RM 2393.10. Seminit kemudian talian saya disekat.


Baru dua jam sebelumnya saya dimaklumkan ada lebihan RM 900 dalam akaun dan akaun saya akan aktif selama 3 hari, sekarang talian saya disekat BUAT KALI KETIGA dalam masa 5 hari dan saya berhutang RM 2000 dengan CELCOM?

Saya tidak kisah membayar bil tersebut jika saya menggunakannya. Saya mahu penjelasan dari CELCOM sebelum saya membayar bil yang luar biasa ini. Malangnya, saya tidak menerima sebarang penjelasan, dan tentulah tidak logik untuk saya membayar ribuan ringgit begitu sahaja.

Sangat aneh dalam dunia serba moden ini Celcom tidak boleh menjelaskan kepada penggunanya secara langsung apakah punca peningkatan bil secara mendadak dan mencecah ribuan ringgit?

Tidak logik Celcom hanya boleh menjelaskan peningkatan mendadak ini semasa bil dikeluarkan, tetapi pengguna perlu membayar apa saja caj yang dikenakan oleh Celcom sebelum bil dikeluarkan jika mahu talian kekal aktif. Ini perniagaan “Abu Jahal” atau “40 Penyamun”?

Apakah para pegawai CELCOM ini “kaki rasuah” sehingga membeli sistem yang ketinggalan zaman dan dan tidak efektif bagi perkhidmatan pelanggannya?

Saya juga ingin bertanya Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia, layakkah syarikat seperti ini terus diberi lesen perkhidmatan telekomunikasi?

Saya akan menulis siri ke-2 mengenai Celcom sedikit masa lagi. Saya memutuskan untuk tidak menukar syarikat telekomunikasi buat masa ini sebaliknya “memerangi” CELCOM sehingga mereka berubah.

Petikan Mykmu.net

No comments:

Post a Comment