ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: DUDA RAKAM AKSI RANJANG JIRAN !!!

Sunday, 27 April 2014

DUDA RAKAM AKSI RANJANG JIRAN !!!

Gambar Hiasan
MERSING: Seorang lelaki berusia 56 tahun yang baru tiga bulan kematian isteri membuat kerja gila dengan merayau di beberapa taman perumahan pada tengah malam, sebelum mengintai dan merakam aksi ranjang di bilik tidur penduduk menggunakan perakam video yang baru dibelinya.

Perangai miang warga emas itu terbongkar apabila dia ditahan seorang penduduk ketika dipercayai cuba merakam aksi ranjang sepasang suami isteri di Taman Sri Daik, dekat bandar ini, kira-kira jam 11 malam Jumaat lalu.

Ketika itu, seorang penduduk di kawasan taman perumahan berkenaan melihat kelibat seseorang di belakang rumahnya menyebabkan dia mengendap kerana menyangkakan pencuri. Penduduk terbabit menghampiri lelaki berkenaan dan menangkapnya sebelum mendapati suspek memegang sebuah alat perakam video.

Nasib warga emas itu bertambah malang apabila kebetulan pasukan peronda polis melalui taman perumahan berkenaan dan dia terus diserahkan kepada anggota polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Nor Rasid, berkata pemeriksaan terhadap perakam video milik mangsa mendapati banyak rakaman aksi ranjang dan gambar orang sedang mandi disimpan di dalamnya.

Menurutnya, rakaman itu dipercayai dibuat di rumah penduduk di beberapa taman perumahan di daerah ini dan hasil soal siasat, lelaki itu dipercayai melakukan kegiatan tidak senonoh itu sejak lebih setahun lalu.

Difahamkan, suspek yang bekerja sebagai buruh mengumpul wang untuk membeli perakam video bagi melakukan kerja terkutuk itu. Mohd Nor berkata, warga emas yang mempunyai empat anak hasil perkongsian hidup bersama arwah isterinya direman bagi membantu siasatan hingga hari ini.

“Siasatan mendapati hasil rakaman yang dibuat warga emas itu tidak disalur atau disebarkan ke mana-mana, sebaliknya untuk suka-suka dan koleksi peribadi,” katanya. Menurutnya, warga emas itu kini ditahan bagi membantu siasatan dan dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, pagi ini.

Beliau berkata, suspek disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum denda dan penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-keduanya sekali jika didapati bersalah.
sumber : paapaada

No comments:

Post a Comment