ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: BR1M 3.0 : MEREKA YANG GAGAL DAPAT, BOLEH BUAT RAYUAN.

Sunday, 23 February 2014

BR1M 3.0 : MEREKA YANG GAGAL DAPAT, BOLEH BUAT RAYUAN.


Rayuan BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 bagi calon gagal dapat BRIM. Menerusi kenyataan rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pemohon yang gagal dapat brim boleh mengemukakan surat rayuan ke LHDN selepas 22 Februari 2014. 

Seperti BR1M yang terdahulu, kerajaan menerusi LHDN bersedia untuk mempertimbangkan semula permohonan individu berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan tetapi gagal mendapat bantuan berkenaan sekiranya mereka berjaya mengemukakan bukti mencukupi. Untuk info, pembayaran BR1M 3.0 akan dibuat mulai 22 Februari 2014. Calon yang gagal mendapat bayaran boleh mengemukan rayuan BR1M seperti yang tertera dibawah.

Cara Buat Rayuan BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014

1. Individu perlu tampil sendiri ke pejabat LHDN berdekatan.

2. Individu berkenaan juga perlu mengemukakan semula pelbagai dokumen sokongan termasuk penyata gaji dan tanggungan lain untuk disemak semula oleh LHDN dan 10 lagi agensi lain termasuk Bank Negara dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

3. Selepas individu terbabit mengemukakan dokumen sokongan dan rayuan bertulis kepada LHDN maka keputusan permohonannya untuk mendapatkan BR1M akan diluluskan.

4. Pembayaran akan dibuat ke akaun pemohon setelah keputusan menerima BR1M 3.0 diluluskan.

melvister

No comments:

Post a Comment