ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SUAMI ISTERI DI TAHAN PIHAK BERKUASA GARA-GARA ROTAN ANAK TIDAK SOLAT !!!

Thursday, 16 January 2014

SUAMI ISTERI DI TAHAN PIHAK BERKUASA GARA-GARA ROTAN ANAK TIDAK SOLAT !!!


Kuala Lumpur: Nasib sepasang suami isteri rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Sweden sejak pertengahan Disember lalu, kerana memukul seorang anak mereka yang enggan bersolat akan ditentukan esok.

Selepas genap sebulan ditahan, pihak mahkamah akan menentukan sama ada tempoh tahanan reman akan dilanjutkan atau meneruskan dengan pendakwaan sekiranya polis sudah melengkapkan siasatan dan mempunyai bukti kukuh pada hari berkenaan.

Bagaimanapun, pasangan itu juga berpeluang untuk dibebaskan sekiranya pihak polis tidak mempunyai cukup bukti untuk mendakwa mereka.

Difahamkan, lelaki terbabit adalah seorang kakitangan di pejabat Tourism Malaysia di Stockholm manakala isterinya adalah seorang guru di negara ini namun mengambil cuti tanpa gaji bagi menemani suami bertugas di negara itu sejak tiga tahun lalu.

Pasangan berkenaan turut membawa empat anak mereka berusia antara tujuh hingga 14 tahun ke negara itu.

Kedua-duanya yang berusia awal 40an kini direman di pusat tahanan reman di Stockholm selepas ditahan sepasukan polis di kediaman mereka di daerah itu pada 14 Disember.
Credit : AAKJ

No comments:

Post a Comment