ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: RINTIHAN ANAK PASANGAN WARGA MALAYSIA KENA PENJARA DI SWEDEN !!!

Sunday, 19 January 2014

RINTIHAN ANAK PASANGAN WARGA MALAYSIA KENA PENJARA DI SWEDEN !!!



Kuala Lumpur: “We are sad.. we need mummy and daddy. We miss them so much.. Please come back to us, we can’t live without them. (Kami sedih... kami perlukan mummy dan daddy. Kami terlalu rindukan mereka. Tolonglah kembali kepada kami, kami tidak boleh hidup tanpa mereka).

Itu kata-kata yang diluahkan dalam Facebook Aisyah, anak sulung pasangan Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Nurshal yang ditahan polis Sweden sejak Disember lalu. 

Aisyah, 14, memuatnaik gambarnya dan tiga lagi adiknya, Ammar, Adam dan Ariff yang kelihatan murung ketika dalam kenderaan awam. 

Mereka yang berusia antara tujuh hingga 14 tahun diuruskan Jabatan Kebajikan Sweden, kini ditempatkan di sebuah rumah keluarga angkat sejak ibu bapa mereka ditahan pihak berkuasa Sweden pada 14 Disember lalu.

Ketika berita mengenai nasib Azizul Raheem dan Shalwati yang ditahan kerana didakwa memukul seorang anak mereka yang tidak bersolat disiarkan BH pada 15 Januari lalu, nasib empat anak pasangan itu tidak diketahui, susulan pihak kedutaan Malaysia tidak dibenarkan bertemu mereka.

Bagaimanapun, Jabatan Kebajikan Sweden akhirnya buat pertama kali memberi kebenaran kepada pegawai kedutaan Malaysia untuk bertemu empat anak pasangan suami isteri itu semalam.

Sejak pasangan terbabit ditahan 14 Disember lalu, tiada wakil dari kedutaan Malaysia di sana dibenarkan bertemu dengan keempat-empat beradik itu dan pihak kedutaan mengemukakan permohonan kepada mahkamah untuk kebenaran mengadakan pertemuan. 

Sementara itu, BERNAMA melaporkan, empat anak pasangan warga Malaysia itu, menyatakan tidak selesa tinggal bersama keluarga angkat berlainan agama di Sweden. 

Anak sulung pasangan itu, Aisyah, berkata beliau dan tiga adik lelakinya berusia 7, 11 dan 12 tahun, ditempatkan bersama keluarga angkat yang disediakan pihak khidmat sosial negara itu. 

Aisyah berkata, mereka tidak gembira dengan keadaan dalam rumah berkenaan.

“Kami tidak gembira kerana keluarga angkat bela anjing.

Keluarga angkat juga makan makanan tidak halal, walaupun kami tidak diberi makanan itu, tetapi kami berkongsi pinggan mangkuk yang sama,” katanya kepada BERNAMA ketika dihubungi semalam.

Aisyah berkata, mereka juga berulang kali menyatakan hasrat untuk pulang ke Malaysia secepat mungkin, namun tidak dibenarkan pekerja khidmat sosial.

No comments:

Post a Comment