ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SEKITAR HIMPUNAN BLACK 505 #KL622

Saturday, 22 June 2013

SEKITAR HIMPUNAN BLACK 505 #KL622


Perhimpunan Black 505 yang berlangsung di Padang Merbok, Kuala Lumpur dengan para peserta mula berkumpul di tujuh lokasi utama iaitu Jalan Pekeliling, ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, kawasan sekitar Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Sultan, Brickfields, Universiti Malaya dan Masjid Negara.

Mereka berarak dan berjalan kaki menuju ke Padang Merbok sebagai tanda bantahan terhadap penipuan Pilihanraya Umum ke-13 pada 5 Mei lalu

Berikut adalah kronologi perhimpunan Black 505 dari Masjid Negara di sini:

10 pagi: Jalan Sultan Hishammuddin di hadapan Masjid Negara mulai sesak.

10.17 pagi: Sekumpulan anak muda membawa beberapa kepingan kadbod yang antaranya tertera perkataan "SPR Sila Letak Jawatan", Democracy Is Dead" dan "SPR Should Resign".

12.25 tengah hari: Semakin ramai mula membanjiri perkarangan Masjid Negara. Hampir kesemua mereka berpakaian hitam. Keadaan di sini masih terkawal.

1.08 tengah hari: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali tiba di perkarangan Masjid Negara.

1.58 tengah hari: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman memberi ucapan di hadapan para peserta di perkarangan Masjid Negara.

2.03 petang: Ucapan diikuti oleh Ahli Majlis Pimpinan PAS Pusat, Dr Zulkefly Ahmad.

2.10 petang: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS - Taman Templer, Zaidi Abdul Talib turut memberi ucapan di hadapan para penyokong di perkarangan Masjid Negara.

2.12 petang: Para peserta melaungkan slogan "Hidup, hidup rakyat. Hancur, hancur kezaliman. Turun (letak jawatan), turun Pengerusi, Timbalan Pengerusi SPR.

2.14 petang: Para peserta himpunan Blackout 505 bersiap sedia untuk berarak ke Padang Merbok, Kuala Lumpur.
_______________________________________________________

1. Anwar hadir juga akhir pada 5.24 petang

2. CheguBard mengajak rakyat berarak ke Bukit Aman bagi membantah penahanan Husam

3. Pergaduhan antara DBKL dan penyokong pembangkang disahkan – cuba buka khemah. Ada anggota DBKL dipukul perusuh.

4. Kit Siang juga berucap.

5. Kumpulan ABU diketuai Haris Ibrahim menyorak (boo, boo) Anwar kerana memutuskan semua Ahli Parlimen pembangkang akan mengangkat sumpah pada Isnin nanti.

GAMBAR - GAMBAR :









No comments:

Post a Comment