Semua maklum bahawa puncanya ialah kegagalan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri yang diidamkan sejak 15 tahun lalu. Pelbagai cara dilakukan, namun tidak berjaya. Gerakan Reformasi, Deklarasi Permatang Pauh dan Janji 16 September 2008 adalah antara bukti kegagalannya.
Sebagai orang tengah yang menjadi ‘gam’ kepada dua parti bercanggah ideologi yakni PAS dan DAP, Anwar menubuhkan gabungan pembangkang yang sudah empat kali cuba menawan Putrajaya (PRU 1999, 2004, 2008 dan 2013) tetapi gagal. Baginya seolah-olah tidak ada cara lain – jika tidak berjaya dengan cara demokrasi, maka tindakan radikal atau revolusilah kaedahnya. Justeru, diadakan Perhimpunan Balckout 505 di beberapa negeri dan menyokong rancangan mengadakan protes jalanan membabitkan jutaan penyokong untuk mengguling kerajaan.
Persepsi yang ditanam ini adalah satu bentuk membasuh minda. Penyokong dan aktivis muda pembangkang diajar untuk tidak menerima realiti pakatan pembangkang kalah atas alasan mereka menang undi popular. Alasan yang dangkal ini diketengahkan walaupun pemimpin pembangkang memang tahu bahawa sistem pilihan raya yang digunakan di Malaysia sejak 1950-an lagi berdasarkan kemenangan bilangan kerusi.
No comments:
Post a Comment