Pages

Tuesday, 18 June 2013

PEMBANGKANG BERJAYA "MERAKYATKAN SIKAP BIADAP" !!!


Hari ini, ada sebahagian masyarakat, terutama golongan muda begitu terpengaruh dengan ajakan sebegini. Mereka menjadi berani tidak bertempat, mengganggu ketenteraman awam, tidak toleran kepada pandangan berlainan sama ada dalam perbualan, tulisan atau media sosial dan secara umumnya bersikap anarkis. Mereka tidak lagi menghormati institusi seperti polis, tentera, sistem kehakiman dan kerajaan. Mereka tidak bangga jadi Melayu, malah mufti dan ulama pun mereka caci. 

Semua maklum bahawa puncanya ialah kegagalan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri yang diidamkan sejak 15 tahun lalu. Pelbagai cara dilakukan, namun tidak berjaya. Gerakan Reformasi, Deklarasi Permatang Pauh dan Janji 16 September 2008 adalah antara bukti kegagalannya. 

Sebagai orang tengah yang menjadi ‘gam’ kepada dua parti bercanggah ideologi yakni PAS dan DAP, Anwar menubuhkan gabungan pembangkang yang sudah empat kali cuba menawan Putrajaya (PRU 1999, 2004, 2008 dan 2013) tetapi gagal. Baginya seolah-olah tidak ada cara lain – jika tidak berjaya dengan cara demokrasi, maka tindakan radikal atau revolusilah kaedahnya. Justeru, diadakan Perhimpunan Balckout 505 di beberapa negeri dan menyokong rancangan mengadakan protes jalanan membabitkan jutaan penyokong untuk mengguling kerajaan.

Persepsi yang ditanam ini adalah satu bentuk membasuh minda. Penyokong dan aktivis muda pembangkang diajar untuk tidak menerima realiti pakatan pembangkang kalah atas alasan mereka menang undi popular. Alasan yang dangkal ini diketengahkan walaupun pemimpin pembangkang memang tahu bahawa sistem pilihan raya yang digunakan di Malaysia sejak 1950-an lagi berdasarkan kemenangan bilangan kerusi.

No comments:

Post a Comment