ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: UPDATE #LAHAD DATU : JAMALUL KIRAM UMUM GENCATAN SENJATA !!!

Thursday, 7 March 2013

UPDATE #LAHAD DATU : JAMALUL KIRAM UMUM GENCATAN SENJATA !!!



MANILA 7 Mac - Ketua kumpulan yang menceroboh Sabah, Jamalul Kiram hari ini mengumumkan gencatan senjata sebelah pihak ekoran tindakan ketenteraan oleh pasukan keselamatan Malaysia.

Menurut jurucakap ketua penceroboh itu, Kiram mengisytiharkan gencatan senjata tersebut kira-kira pukul 12.30 tengah hari waktu tempatan (12.30 tengah hari waktu Malaysia).

Mereka setuju untuk meletak senjata setelah menerima panggilan daripada Setiausaha Agung PBB , Bang Ki Moon.

Beliau turut menggesa Malaysia mengambil tindakan sama. - AFP

Berikut adalah berita asal yang dipetik dari philnews.com
Sulu sultanate calls for ceasefire in Sabah
MANILA - The Sulu sultanate has called for an immediate ceasefire to the standoff in Sabah following calls by United Nations Secretary General Ban Ki-moon to end violence in Sabah and start holding dialogues.
“The Sultan (Jamalul Kiram III) is calling for a unilateral ceasefire of the sultanate of Sulu effective this hour, 12:30 in the afternoon [of Thursday,” spokesperson Abraham Idjirani said.

He said this is out of respect to the call of the UN secretary-general to end the violence there. He said this is “in order to reciprocate the call of the UN to preserve lives.”

The UN chief also expressed concerned about the impact of the standoff on the civilian population, including migrants in the region.

Ban is closely monitoring the situation in Sabah and would like to see all parties engage in talks for the peaceful resolution of the issue, a UN statement said.

He also urged all parties to "facilitate the delivery of humanitarian assistance and act in full respect of international human rights norms and standards."


DAN INI MAKLUM BALAS DARI KERAJAAN MALAYSIA. 
Tawaran gencatan senjata pengganas Sulu ditolak! Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tawaran gencatan senjata pengganas Sulu tidak diterima kerajaan Malaysia kecuali semua mereka menyerah diri tanpa syarat.

Dalam sidang media di Lahad Datu tadi, YAB Perdana Menteri menegaskan Ops Daulat akan diteruskan sehingga kesemua penceroboh letak senjata, tidak kira berapa lama..., Ops akan terus berjalan.
Kita tidak akan melayan sebarang syarat yang mahu dikenakan oleh Jamalul Kiram. Tindakan bertegas ini adalah yang terbaik setelah 8 anggota keselamatan kita telah menjadi mangsa kerakusan juak juak lanun itu.
DS Najib yang juga baru selesai meninjau Ops Daulat akan mewujudkan Special Security Area untuk kawasan Timur Sabah meliputi Kudat, Lahad Datu, Sempoerna, Kunak, dan Tawau. Special Security Area ini akan berterusan walaupun nanti krisis pencerobohan Sulu sekarang berjaya diselesaikan. Sebuah Command Center akan dibuka segera di Lahad Datu



Saya sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara berdaulat ini bersetuju 100% dengan pendapat dan saranan Perdana Menteri DS Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan DS Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Setelah apa yang terjadi. setelah membunuh pasukan keselamatan kita dengan kejam. Tidak ada istilah gencatan senjata. Tidak ada syarat yang perlu dipatuhi. Satu sahaja yang pengganas sulu ini perlu lakukan!
SERAH DIRI ATAU BERHADAPAN DENGAN SERANGAN!!!
Kenapa Malaysia menolak tawaran gencatan senjata??? Malaysia bukan berada dalam situasi berperang dengan pengganas sulu. Pasukan Keselamatan kita hanya mempertahankan kedaulatan Negara Malaysia!!!

No comments:

Post a Comment