ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: BLOGER PKR MENGAMUK

Saturday, 16 March 2013

BLOGER PKR MENGAMUK


Hello...soalnya apa hak kau nak mengamuk macam orang hilang akal hanya kerana wartawan nak tanya soalan.
Ia berlaku selepas sidang akhbar Azlan Mohd Lazim,bapa Saiful Bukhari Azlan untuk umum dia nak  jadi ahli PKR.
Blogger pembangkang Tulang Besi  itu telah sergah wartawan Agendadaily  (Noor Hasilah) gara-gara geram bertanya kepada Azlan berani tidak bersumpah laknat untuk buktikan dia benar.
Jawab soalan berkenaan,Azlan kata dia tidak mahu sumpah kerana anggap ia tidak bawa apa-apa makna.
Hairan apa salahnya tanya soalan berkenaan.Ini kerana itu antara jawapan yang semua orang nak tahu dari Azlan.
Ia adalah natural question yang patut ditanya oleh mana-mana wartawan mengenangkan Saiful sendiri dulu sudah sumpah laknat di dalam masjid Wilayah Persekutuan kerana dakwa benar Anwar liwat dia. Ketika itu Azlan duduk disebelahnya.

Apa ke halnya si Tulang Besi Urat Dawai ini nak melatah macam orang sawan mabuk todi.

Soalan lojik pun tak boleh tanya ke?

Selain angin pada wartawan Agendadaily dia juga mencerca Utusan,TV3 dan Berita Harian.

Amukannya itu hanya terhenti bila disabarkan oleh seorang yang berada dekat situ.

Kebebasan media jenis apa yang kau orang belajar ..ekkk

Ini macam mahu perintah kerajaan....dan lawaknya janji bukan main konon nak jamin "baiiikkk punyyya" kebebasan bersuara kepada media gerenti bebas sebebasnya.

Perangai kartun ini berlaku di tingkat bawah ibupejabat PKR di Tropicana dekat Petaling Jaya tengahari Isnin.

No comments:

Post a Comment