ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SUMPAH NAJIB & UMNO KEPADA BANGSA & NEGARA

Thursday, 29 November 2012

SUMPAH NAJIB & UMNO KEPADA BANGSA & NEGARA



Bahagian penutup ucaptama Dato Seri Najib Tun Razak di pembukaan Persidangan Agong  UMNO 2012.

"UMNO akan terus memperjuang agenda Melayu dan bumiputera supaya kita mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain di negara tercinta ini. Kaedah yang diguna pakai oleh UMNO bagi mencapai matlamat ini berubah mengikut era yang ditempuhi.

Sedang UMNO komited bagi memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan bumiputera, kita juga penuh iltizam bagi mempastikan bantuan dan pertolongan kerajaan sampai kepada dan mampu dinikmati golongan miskin, golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah daripada semua kaum di Malaysia. Kita mahu kemakmuran Malaysia dikongsi bersama dan tidak ada rakyat Malaysia yang akan ketinggalan

PRU-13 ini bukanlah satu pilihan raya yang biasa. Ia merupakan titik penentu kepada destini rakyat dan negaranya

Pilihan raya inilah yang akan mencorakkan rupa wajah Malaysia hari esok untuk ditinggalkan kepada anak-anak kita. Antara sebuah Malaysia yang maju berteraskan nilai serta matlamat dikongsi bersama, atau Malaysia yang mundur, terpisah oleh tembok ghaib dipalit rasa prasangka dan prejudis

Sudah barang pasti UMNO tidak akan membiarkan semua itu (rakyat dan negara akan hancur, runtuh dan tenggelam) berlaku. Jika kita kehilangan harta, ia boleh diganti. Jika kita hilang darjat kedudukan, ia dapat dipulih semula. Tetapi jika kita kecundang dalam perjuangan ini, kita sudah tidak punya apa-apa lagi. Kita akan melukut di tepi gantang. Akhirnya, terbangsat dan merempat di tanah air sendiri

Bumi mana yang tak ditimpa hujan, laut mana tidak bergelora, bahagian dunia manakah yang wujudnya orang atau pimpinan atau persyarikat atau parti yang tidak pernah tersandung atau tersalah. Di atas segalanya, sebagai kepimpinan parti dan kerajaan, kami menytusun jari da sepuluh memohon maaf atas kekhilafan

Justeru, saya selaku Presiden UMNO, bersama-sama Timbalan Presiden serta seluruh saf kepimpinan parti, bersumpah dengan nama Allah dan Rasul-Nya, berikrar dan berjanji, terus mendahulukan kesejahteraan rakyat, terus memartabat rumpun Melayu, terus membenteng akidah umat dan terus memelihara agama Islam

Walau apapun rintangan yang melanda, biar apapun cabaran menghalang, UMNO tidak akan terpulang walau setapak, UMNO tidak mungkin berpatah jalan. UMNO takkan berdalih dalam menjulang sebuah kebaktian. UMNO dan BN akan mara di barisan hadapan, menghadapi musuh dari luar mahupun dalam

Kita akan menggunakan segala kudrat yang ada bagi memenangi hati dan fikiran rakyat di gelanggang demokratik. Kita akan bersaing untuk setiap undi, kita akan berusaha untuk meyakinkan setiap rakyat Malaysia, kita juga akan mengetuk setiap pintu hati dan membuka setiap gerbang harapan

Kita percaya rakyat Malaysia berhak mendapat kerajaan yang terbaik dan kita yakin bahawa UMNO dan BNlah yang mampu untuk menawarkan yang terbaik untuk rakyat Malaysia

Di sini... di sinilah kita dilahirkan, di sini... di sinilah tangis kita mula bergema. Di sini kira membina keluarga dan di sinilah kita melakar masa depan. Di sinilah juga, dengan izin Allah yang Maha berkuasa, kita akan bersemadi untuk selama-lamanya

Penuhkanlah tanah bertuah ini dengan rakyat yang mkencintai harumnya perdamaian. Makmurkanlah watan ini sehingga labanya melimpah ke kaki halaman.

Duhai putera puteri... duhai pejuang bangsa... segerakah... segeralah semua menyembah bakti. Pertahankan satu-satunya Bahtera Merdeka ini...Pertahan... pertahankanlah Putrajaya

Fajar telahpun tiba, nan menyinsing membawa harapan, Tanah Malaysia... Tanah Malaysia... Permata Nilam

Hidup UMNO....
Hidup Barisan.....
Hidup Malaysia...
.

No comments:

Post a Comment