ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SIAPA KATA KELANTAN NEGERI SERAMBI MEKAH BEBAS MAKSIAT ???

Monday, 8 October 2012

SIAPA KATA KELANTAN NEGERI SERAMBI MEKAH BEBAS MAKSIAT ???





Di zaman pemerintahan PAS di bawah Dato’ Asri Haji Muda dan beberapa Menteri Besar lain, Jalan Hamzah memang sudah terkenal dengan aktiviti pelacuran dan apa yang di panggil Kopi & Korek. Tetapi apabila BN mengambil alih Kelantan pada 1978, Tan Sri Mohammed Yaccob telah menutup tempat berkenaan tetapi BN membenarkan operasi pusat hiburan berlesen, yang antara lain turut menawarkan perkhidmatan seks secara ‘underground’.

Apabila Nik Aziz menerajui pemerintahan ulama di Kelantan, beliau berbangga dengan mendakwa PAS berjaya menghapuskan aktiviti pelacuran di dalam manifesto-manifestonya.

APAKAH betul dan benar dakwaan Mursyidul AM PAS itu ???
ADAKAH Kelantan yang terkenal dengan jolokan "SERAMBI MEKAH" bersih dari maksiat dan tiada langsung wujud pusat2 maksiat seperti PELANCURAN, PERJUDIAN ???
APAKAH Nik aziz sebagai Menteri Besar Kelantan pasti dan yakin EXCO2, YB2 PAS dan PBT telah menjalankan amanah dengan telus dan jujur dalam menangani gejala maksiat PELACURAN dan PERJUDIAN di Kelantan ???

Saya suka berkongsi cerita dengan pembaca budiman mengenai apa yang pernah diluahkan oleh seorang "HAMBA ALLAH" dalam laman Facebook beliau. Walaupun isu ini dibangkit oleh beliau pada hujung tahun lepas (23/11/2011) tetapi "feed back" dari rakan Facebook lain amat memberangsangkan kerana hingga ke saat saya menulis "ARTIKEL" ini masih lagi ada rakan Facebook yang beri komen.

JOM SAMA2 KITA BACA ... Apa yang saya Copy Paste ini adalah sebahgian daripada 352 komen dari rakan Facebook dalam tempoh 23/11/2011 - 08/10/2012.


Bulan lepas ambo ada kirim sms pada beberapa orang ADUN, Ahli Parlimen & Ore2 kuat Parti & kerajaan...Sms ambo berbunyi: Salam, pihak kami telah dapat mengesan kewujudan 3 buah Kelab malam, 3 rumah urut & 3 lokasi Mak Nyah berniaga seks di sekitar Kota Bharu, apa jaminan dari pihak tuan bahawa maklumat tidak akan bocor ke pihak "peniaga haram" sekiranya laporan dibuat pada pihak berkenaan (MAIK, MPKB-BRI & PDRM)..?



Beberapa orang YB reply sms ambo dengan jawapan senada iaitu: Mitok maaf banyok2, ambo x dapat bagi jaminan.

Maka permis2 berkenaan beroperasi secara haram tanpa apa-apa tindakan.

SI FULAN !!! :  Boleh tahu di mana LOKASI TEPAT tempat2 ini, kalu tokleh royat sini, Inbox pun takpo. 
Yang jelas, Kerajaan Negeri tidak pernah memberi lesen dan permit utk Premis2 seperti ini untuk beroperasi, ia beroperasi secara haram. Dan kita perlu kerjasama semua pihak termasuk lah Pemuda2 UMNO utk melaporkan kepada PBT, Polis dll. 
Ya, kalau laporan telah dibuat kepada MPKB dan tiada tindakan, itu yang kita persoalkan. Cuma, dasar Kerajaan Negeri jelas, sebarang usaha utk memperkatakan yang Kerajaan Negeri Kelantan menyokong perkara2 ini, itu keje orang Bodoh. 
Serambi Mekah, bila ada maksiat, semua orang tertumpu pdnya dan mempersoal kenapa boleh wujud, di Serambi Maksiat di luar sana, takde pulak orang sibuk nak persoal 
( RUJUK RANCANGAN 999 DAN 360, TANGKAPAN PELACUR DAN GRO BERLAKU SETIAP MINGGU, RAMAINYA PELACUR ASING DI MALAYSIA, Takde pulak Kickdefella nak kecoh ).

Mamat bin Dollah "  Dua tiga minggu lepas ambo g dah, sore2 pukul 1 pagi.. tak berani nak singah.. Lalu jah, dok dlm keta.. Ada lah 2-3 ore betino ko pondan tak pasti dok kuik2 lambai ambo. Gerun weh..

HAMBA ALLAH : Mitok maaf blako... Ambo baru kelik kijo... Lokasi disco ni dekat sblh sup lido dekat hankyu jaya.

HAMBA ALLAH :Untuk pengetahuan blako2, masalah ni meme dh ado dale pengetahuan pemuda pas KB & klu nk commite, meme pemuda pas akan commite utk operasi bilo2 masa sj, tp kerjasama dgn pihak brkuasa perlu jgk, cumo persoalannya, adakah mklumat bila masa nk serbu x kan bocor pada tokey permis...?


PEMUDA B :  Pemuda Pas kena gi juppo la dgn MPKB. Kalau rahsia tu bocor dan tokey disco tu berenti operasi kira berjaya lah mission tu. Sebab utama ialah utk mencegah munkar.


PPEMUDA A : puak2 pemuda Pas dok mana . YBP cu gi risik gak lagu mana tu

HAMBA ALLAH :Untuk pengetahuan blako2, masalah ni meme dh ado dale pengetahuan pemuda pas KB & klu nk commite, meme pemuda pas akan commite utk operasi bilo2 masa sj, tp kerjasama dgn pihak brkuasa perlu jgk, cumo persoalannya, adakah mklumat bila masa nk serbu x kan bocor pada tokey permis...?

HAMBA ALLAH : mslh mklumat bocor ni demo keno pehe MYS, mklumat bocor, tokey tutup pada malam operasi nk dibuat, operasi dikira gagal sebab esok luso permis berniaga haram sperti biasa.

HAMBA ALLAH :ambo ado sikit keyakinan bahawa operasi permis ni berada dalam pengetahuan PBT, kalu x dok cable, tokey x kan berani meniaga sapa subuh, kalau lalu dgn kreto maso2 ni, buleh dgr music dr luar.

HAMBA ALLAH : MYS... Antara hok trlibat menyiasat ialah pemuda pas KB... Ambo terus terang slalu sini, leader hok bangkit isu n beri maklumat psl permis ni ialah Arwah Kamarulzaman Hj Abdullah... Antara hasrat akhir Arwah ialah buat operasi nk tutup tmpt2 maksiat di KB.

HAMBA ALLAH :Cadangan untuk serbu tanpa tunggu kerjasama dari pihak brkuasa tu ambo x brapo stuju sbab fikir pada risiko, thn lpas ambo prnah cuba utk serbu 1 lokasi pondan & trpaksa batal hsrat bila nampak ado antara bonzer hok jago lokasi sisp bedil ddale baju. Risiko.

Mamat bin Dollah B "  rama jgk klu kito wak tubik isu2 negatif gini demo sekat x se bui gege..katonyo x se bui punoh parti..

PEMUDA B :  Wat kira dulu dgn MPKB atau XCO berkenaan. Kalu tak jalan juga , maklumkan pada TGNA kalau tak jalan juga bawa pemberita Utusan Malaysia, Harakah dan Karam Singh Walia. Apa masalah?

PPEMUDA A : Bape lama tempoh masa yg patut kita beri masa utk Exco berkenaan utk menjawab perkara ini sebelum kita dedahkan bukti bervideo?

PEMUDA D :  klu lagu tu gak,sia2 la set kito dok edisi siasat tiap2 mlm di 3 lokasi ni bro..buang karan jer ler

PPEMUDA A :Pembuat Maksiat tak salah sebab itu kerja dia ... Orang bertanggungjawab menegah Maksiat yg salah kerana kuasa Ada pada mereka .. Apakah unsur rasuah Sudah wujud atau sedang berlaku dlm kawalan Exco berkenaan?

PPEMUDA A : HM.. Esok Ada Exco meeting .. Boleh ko demo janji ngan Kawe benda ni boleh dilemparkan atas meja meeting? Kalu demo Sayang ko PAS demo usahalah ... Kawe takdok kompromi dlm Hal ni

PEMUDA C :  HM..rilek dulu..setiap langkah kena ada strategi..kita kena jadi macam kura2 barulah boleh mene dgn arnab!

PEMUDA E :  mbn...personal ats jwpn ats diri ambo..ambo tidok lepar ambo masuk tny dlu..mbn mugo kawe ni ore baru..demo buleh tulong kawe wt masuk kawe dale meeting exco??

PPEMUDA A :Kalu demo tahu tahap kemampuan pemuda PAS gaakk toksoh dok keccek nak ketuk pintu YDP Mpkb Lah ..

HAMBA ALLAH :YBP... Strategi MUNG..! Tadi demo oyak sanggup gadai nyawa demi membanteras maksiat... Cepat la mmuta itik set2 pas ni... G g la serbu slalu...!!!


PEMUDA C :  HM..demo paka redoh gituh jah..setahu kawe pemimpin PAS tak dok protokol

PEMUDA E : wt mari ko ambo bukti....

PEMUDA C :  MbN..kawe tak seko kelantan negeri serambi mekah ado jugok mugo nih! hairan bt ajaib

PEMUDA E :  ybp lps subuh ambo g umh demo..mari yie takut gapo jupo tok guru...exco ambo xse jupo

PEMUDA E :  mbn ngan tpu kalu dio cerdik saye ko islam dio bangak2 v ko tok guru..buke hadap dale ni

HAMBA ALLAH :YBP... Bagi ambo, ambo x letok serambi mekah sbgi alasan utk x dop lasom pusat maksiat, asasnya trletak pada penguatkuasa samada nk tdo, nk kijo atu nk make pitih haram...malaysia negara Islam tapi tetap ada kilang arak, pusat judi & pulau maksiat terbesar diasia... Jadi x pelik bagi kelantan utk ado bndo2 gini... Cumonyo ado 'lesen' n x dok 'lesen'... Kalu x dok lesen, penguatkuasa patutnya x lalai sbab perkara ni dikira 'bare pelik' kalu masih wujud & dpt brtahan lama...

PPEMUDA A : HM.. Molek segala bukti Dan Saksi mata Ada dgn ybp tu..

PEMUDA D :  ni baru crito di msia n kelate,acu try check di arab saudi terutamanya di Riyadh,ado srupo tulo jugok.

PEMUDA C :  HM...demo kalu bak berjuang pun kena ada strategi dan hirarki..kita selesai dulu dgn exco kalu tak jadi kijo baru kito hadap tok guru!! nyanyo ko tok guru semua benda dio kena mikir..masing2 ada tugas setiap exco yg dilantik..

PEMUDA D :  kawe refer ko YBP sbb dio sero pelik di klate serambi mekoh ado bendo2 gini bro.jd kawe bui skit contoh negera islam hok ore dok gi mekah sokmo pn ader jgok bendo2 gini.huhu

HAMBA ALLAH :HM... Jange dok pongoh gok... Ambo bule direct jjupo Tok Guru bilo2 maso jah kawe nk, tp klu kawe wat gitu, bermakna kawe menidakkan peranan tok wakil tok wakil laain yang dilantik oleh Tok Guru. Kalu semo mslh direct g ko Tok Guru blako, baik x payoh bentuk kabinet negeri. pade tok guru sore jah la tadbir klate... Pah 1 lagi, perlu ko kito beban semo mslh negeri atas ppalo tok guru..?

PPEMUDA A :  Maksiat alik atas terrr
8 hours ago via mobile · Like
_____________________________________________ >>> END >>> ________________________________________________

Kalau 21 tahun PAS masih gagal menghapuskan aktiviti pelacuran di Kelantan, janganlah PAS bercakap untuk menghapuskan maksiat di Malaysia yang terpaksa Kerajaannya di kongsi dengan parti-parti bukan Islam.
Ternyata Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam yang anak Nik Aziz yang bernama Nik Abduh pernah menjadi ahli majlis melindungi aktiviti-aktiviti maksiat dan pelacuran di dalam bandar Kota Bharu. Kenyataan ini memang memeranjatkan.
Setelah dua puluh tahun Kelantan di pimpin oleh Ulama dengan diperintah oleh Parti Islam, pusat placuran terancang dan karaoke-karaoke haram semakin berleluasa di Kota Bharu bahkan di dalam DUN Chempaka yang ADUN nya adalah Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul AM PAS.
Setelah sedekad Kota Bharu dimartabatkan oleh PAS sebagai Bandaraya Islam, rupa-rupanya itu hanyalah retorik politik. Itu sebenarnya penuh kepura-puraan. Itu sebenarnya penuh dengan kemunafikan.

WALLAHUALLAM !!!!




































No comments:

Post a Comment