ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH

Tuesday, 29 July 2014

ALAHAI... KALAU NAK BERCINTA PUN, AGAK-AGAK LA ADIK WOIII !!!


Adalah amat menyedihkan apabila laman sosial Facebook kadangkala digunakan oleh sesetengah pengguna terutama remaja untuk mengepos perkara yang boleh memualkan tekak orang lain.

Golongan paling biasa melakukan perkara ini adalah adik-adik yang tengah bercinta macam nak rak tapi bermasalah dengan pasangan mereka.

Maka menggunakan Facebook mereka cuba mengemis perhatian pakwe / makwe masing-masing termasuk dengan memuat naik gambar baru lepas kelar lengan, video tengah menangis kerinduan dan macam-macam lagi.

Di bawah ini satu lagi posting Facebook yang diharapkan dapat jadi pengajaran.


Menangis sampai bengkak-bengkak mata siap bertampal koyok macam dah kematian suami padahal sebab pakwe tak call je kot? Dah tu siap pesan pada sesiapa suruh bagi tahu pakwe yang dia tengah cari. Aduh, nampak desperate sangat ni.

Kepada adik-adik jiwang di luar sana, janganlah sampai jadi macam ini hendaknya kerana ia sebenarnya merendahkan harga diri kita.
MYNEWSHUB.MY

SEBARKAN : HIASAN BERHALA HINDU DISEBALIK AYAT QURAN


Pernahkah, anda didatangi penjual yang berupa seperti seorang warga Pakistan dan mereka menjual barang hiasan untuk digantung di dinding rumah berbentuk seperti ayat Al-Quran?

Biasanya, sesekali anda akan dikunjungi jurujual sebegini dan mereka akan bercakap mengenai kebaikan meletakkan hiasan sebegitu di rumah.

Bagaimanapun, ada pengguna yang ditipu oleh jurujual sebegini apabila menggunakan poster dewa agama Hindu dan ia ditampalkan sahaja dengan kertas pelekat ayat Al-Quran berkenaan.

Jelas tindakan jurujual itu semata-mata ialah mengaut keuntungan dengan hanya menggunakan poster yang ditampal di belakang poster dewa Hindu dan ia dijual dengan harga yang mahal jauh dari harga sebenar barang-barang itu.

Tindakan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja menyentuh sensitiviti umat Islam tetapi juga ia jelas mengganggu sensitiviti penganut Hindu juga.
Diharapkan pihak bertanggungjawab akan memulakan usaha menyiasat penjualan bahan hiasan tidak bertanggungjawab ini kerana ia akan menjadi satu perkara bahaya jika ia terus berleluasa. 
sumber

KEMUNGKINAN PAKATAN RAKYAT BERPECAH SELEPAS AIDILFITRI TINGGI - PENGANALISIS



KUALA LUMPUR: Kemelut dalam Pakatan Rakyat dilihat banyak pihak semakin meruncing dan tarikh 10 Ogos nanti akan menjadi penentu kesudahan kerjasama PAS, DAP dan PKR.

Penganalisis politik, Ibrahim Suffian berpendapat, gabungan parti pembangkang itu bergantung nasib kepada keputusan mesyuarat PAS Pusat pada 10 Ogos nanti.

Katanya, keputusan sama ada PAS akan menyokong pendirian PKR untuk menggugurkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menentukan masa depan Pakatan Rakyat.

"Isu Tan Sri Khalid ini bukan hanya sekadar isu menukar menteri besar tetapi ia juga melibatkan kerjasama antara PAS, DAP dan PKR.

"Kemungkinan akan berpecah itu ada dan sangat besar kerana PAS dilihat tidak bersetuju dengan pendirian yang telah dibuat oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

"Jika dalam mesyuarat PAS Pusat 10 Ogos nanti PAS kekal dengan pendirian mahu Tan Sri Khalid kekal sebagai menteri besar Selangor, besar kemungkinan Pakatan Rakyat akan berpecah," katanya kepada Astro AWANI.

Katanya, biarpun ada pandangan dalam PAS yang mahu supaya Abdul Khalid melepaskan jawatannya, namun pada akhirnya ia akan bergantung kepada keputusan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Jelas beliau, disiplin dalam parti itu sangat tinggi, setiap ahli telah dididik supaya patuh kepada keputusan yang telah dibuat oleh pemimpinnya terutama presiden.

"Untuk memastikan keputusan PAS selari dengan kemahuan Pakatan Rakyat, maka perlu ada pihak yang terpaksa memujuk Hadi Awang supaya bersetuju dengan cadangan menukar Tan Sri Khalid.

"Jika tidak, kita akan melihat PAS kembali seperti duhulu menjadi parti yang kuat di Pantai Timur terutama di Kelantan," katanya.

Pandangan sama diberikan oleh beberapa pemimpin PAS yang melihat parti itu semakin menunjukkan sikap sukar untuk bekerjasama.

Portal berita The Malaysia Insider sebelum ini melaporkan terdapat pemimpin PAS yang menjangkakan Pakatan Rakyat munkin berpecah selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri berikutan tindakan Abdul Hadi menidakkan keputusan Majlis Pimpinan gabungan pembangkang itu yang sudah bersetuju supaya Abdul Khalid digantikan dengan calon lain dari PKR sebagai menteri besar Selangor.

Laporan itu memetik sumber yang didakwa pemimpin tertinggi PAS yang dilaporan sebagai berkata kumpulan yang menyokong keputusan Pakatan Rakyat dalam isu penggantian menteri besar Selangor terdiri daripada kumpulan profesional manakala yang mahu Khalid terus kekal adalah dari kumpulan konservatif Dewan Ulama dan Pemuda parti itu.

"Nampak gayanya PR akan berpecah selepas Aidilfitri ini. Nampak kuat sangat ke arah itu. Hadi langgar keputusan mesyuarat PAS dan PR yang beliau sendiri tidak hadir," The Malaysian Insider memetik sumber yang didakwa pemimpin kanan PAS.
astroawani

INSIDEN TEMBAK MH17 MUNGKIN SAMA SEPERTI LAKUKAN JENAYAH PERANG - PBB

KUALA LUMPUR: Insiden penembakan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 'mungkin boleh disamakan dengan jenayah perang', kata Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi Hak Asasi Manusia, Navi Pillay.
Agence France-Presse (AFP) memetik Pillay sebagai berkata, PBB mengutuk "penembakan dasyat" pesawat penumpang Malaysia di wilayah yang dikuasai pemberontak yang mengorbankan kesemua 298 orang yang berada dalam pesawat dan mendesak penyiasatan "yang menyeluruh, berkesan, bebas dan tidak berat sebelah" dijalankan.
"Pencabulan undang-undang antarabangsa ini, dalam keadaan sekarang, mungkin boleh disamakan dengan jenayah perang.
Setiap usaha akan dilakukan untuk memastikan sesiapa yang melakukan pencabulan serius undang-undang antarabangsa termasuk jenayah perang akan di bawa ke muka pengadilan, tidak kira siapa mereka," kata Pillay dalam satu kenyataan.
Pesawat MH17 terhempas di timur Ukraine yang menghadapi pergolakan, 17 Julai lepas semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur bersama 298 orang - 283 penumpang dan 15 krew. Pesawat itu dipercayai telah ditembak jatuh.
Menurut AFP, Palang Merah secara rasmi menyatakan pada minggu lepas bahawa Ukraine kini berada dalam kancah perang saudara dan pengelasan ini bermakna pihak-pihak yang terlibat dalam konflik boleh didakwa kerana melakukan jenayah perang.
mStar

Monday, 28 July 2014

LIPUTAN MH17: PENGAMAL MEDIA PERLU BERTANGGUNGJAWAP - DS AHMAD SHABERY


KUALA LUMPUR: Pengamal media perlu bertanggungjawab ketika membuat liputan tragedi MH17 dan mengelak sebarang perbuatan yang boleh menggores hati anggota keluarga mangsa.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata demikian sebagai mengulas kritikan warga siber terhadap seorang wartawan portal berita Malaysia yang dikatakan mencucuk cebisan dipercayai kulit mangsa tragedi MH17 di lokasi pesawat itu terhempas di timur Ukraine.  
"Tak semestinya apabila media jumpa sesuatu di lokasi dikatakan itu adalah bahagian anggota mangsa dan sebagainya...," katanya kepada Bernama selepas mengadakan kunjungan Aidilfitri di Wisma Bernama pada Isnin.
Beliau juga berkata, media sepatutnya berkongsi kesukaran yang dialami pasukan penyiasat untuk mencari bukti terutama apabila lokasi kejadian terletak dalam kawasan yang dilanda konflik.

PENGAWAL "DATUK" TERKENAL BERSIKAP ANGKUH TERIMA PADAH !!!



Cubaan tiga lelaki ingin melepaskan diri selepas ditahan kerana memiliki pistol dan positif dadah dengan menyatakan bekerja dengan seorang ‘Datuk’ tidak berhasil apabila mereka ditahan malam semalam.

Kejadian bermula apabila seorang daripadanya yang berusia 30-an ditahan pukul 10 malam di Jalan Ali di sini, kerana angkuh apabila disaman polis kerana meletak kereta di parkir golongan orang kurang upaya (OKU).

Lelaki terbabit dilihat mengambil surat saman tersebut sebelum mengoyak serta membuangnya dan perbuatan itu dilihat sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Muar yang melakukan rondaan.

Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, melihat keadaan yang mencurigakan itu, anggota narkotik berkenaan menghampiri lelaki tersebut dan memperkenalkan diri sebagai polis sebelum melakukan pemeriksaan.

“Lelaki itu memberi kerjasama namun dalam keadaan angkuh mendakwa bertugas sebagai pengawal peribadi kepada seorang ‘Datuk’. Hasil pemeriksaan pada badan dan beg sandang suspek, pihaknya menemui sepucuk pistol semi otomatik bersama dua kelopak dan 30 butir peluru serta Surat Kebenaran Membawa dan Mengguna Senjatapi.

“Walaupun mempunyai surat kebenaran lelaki lingkungan 30-an itu melakukan kesalahan kerana membawa senjata api ketika dalam keadaan mabuk atau tidak tenteram," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar dan ujian air kencing mendapatinya positif syabu dan dia ditahan dengan pistol semi otomatik itu dirampas bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun katanya, tidak lama selepas itu dua rakan setugas lelaki tersebut yang juga mengaku pengawal peribadi kepada seorang lelaki berstatus ‘Datuk’ datang ke IPD dan ingin membebaskan rakannya itu.

“Kami menjalankan ujian air kencing dan mendapati kedua-dua lelaki lingkungan 20-an hingga 30-an itu turut positif dadah," katanya dan memberitahu kemudian seorang lelaki mengaku ‘Datuk’ lingkungan 30-an datang ke IPD itu.

Menurutnya, lelaki yang mengaku sebagai ‘Datuk’ itu juga disiasat dan hasilnya, mengaku gelaran berkenaan bukan anugerah dari dalam negara sebaliknya negara lain tetapi tidak menahannya.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan termasuk kes penyamaran di sekitar daerah ini dan berharap orang ramai yang mempunyai maklumat tampil bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Akta Senjata 1960 dan Akta Dadah Berbahaya. Kami akan melengkapkan kertas siasatan dan kes ini akan dirujuk kepada timbalan pendakwaraya untuk tindakan lanjut," katanya.
utaranews

MH17: MALAYSIA MAHU PROSES BEDAH SIASAT MANGSA DIPERCEPAT


PUTRAJAYA: Malaysia akan berbincang dengan Belanda bagi mempercepatkan proses mengecam dan bedah siasat mayat mangsa nahas MH17, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Beliau yang akan mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Belanda pada Rabu ini berkata, langkah itu bagi memastikan jenazah rakyat Malaysia dapat dibawa pulang secepat mungkin.

Malaysia bersedia menawarkan pegawai forensik dan bantuan lain bagi tujuan itu, katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

"Kita juga akan memantau proses yang sedang dijalankan untuk memastikan segala pemeriksaan dan penghantaran mayat selesai secara cepat dan dapat dibawa ke negara ini seberapa segera," katanya yang ditemui semasa mengadakan lawatan di Hospital Putrajaya sempena Aidilfitri di sini.

Pada masa sama, Dr Subramaniam berkata proses bedah siasat mengambil masa agar semua bukti dapat dikumpul bagi membawa pihak yang bertanggungjawab terhadap tragedi itu ke muka pengadilan.

"Oleh itu segala proses mesti menerusi kaedah yang betul tanpa jalan singkat," katanya.

Dalam kejadian 17 Julai lalu, pesawat Malaysia Airlines, Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di Donetsk, timur Ukraine dipercayai akibat ditembak.

Nahas itu mengorbankan kesemua 283 penumpang dari pelbagai negara dan 15 anak kapal.
mStar

AIDILFITRI YANG SURAM DI GAZA, KEMATIAN MENCECAH 1000 ORANG !!!


KUALA LUMPUR: Masyarakat Palestin di sini akan menyambut Aidilfitri dalam suasana suram susulan operasi ketenteraan Israel di  Gaza yang setakat ini telah mengorbankan lebih 1,000 orang.

Pengarah Media Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) Mohammad Alherbawi berkata sekurang-kurangnya lapan anggota masyarakat Palestin di sini kehilangan keluarga kerana terbunuh dalam operasi ketenteraan Israel.

"Jentera perang Israel menyebabkan kami tidak dapat menikmati kegembiraan pada hari yang mulia ini.

"Bagaimanapun, kami masih menyambut Aidilfitri dan berkumpul untuk membuktikan kepada dunia bahawa rakyat Palestin berhak untuk hidup seperti rakyat di negara lain di dunia," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata anggota masyarakat itu akan berkumpul untuk acara kecil-kecilan yang menampilkan ceramah dan sesi khusus untuk kanak-kanak.

Terdapat kira-kira 3,000 orang Palestin di Malaysia ketika ini, katanya.

Sementara itu, Muslim Imran, yang menetap di Malaysia kira-kira 10 tahun, mengaku bukan mudah untuk masyarakat Palestin menikmati 'kuih raya' apabila rakan senegara mereka dibunuh beramai-ramai oleh rejim zionis.

"Kebanyakan rakyat Palestin di sini memutuskan bahawa sambutan Aidilfitri tahun ini akan diadakan secara kecil-kecilan atau dibatalkan," kata beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah PCOM.

Beliau berkata satu majlis khas mungkin dianjurkan bagi keluarga mereka yang terbunuh dalam operasi ketenteraan Israel.

Pengarah Eksekutif Yayasan Al-Quds Malaysia Mohammad Makram Balawi pula mengutuk Tel Aviv kerana melancarkan serangan pada bulan Ramadan sehingga menyebabkan bulan mulia ini dicemari dengan darah rakyat yang tidak berdosa.

"Saya menaruh harapan agar kanak-kanak kami sekali lagi akan dapat menyambut Aidilfitri di sebuah negara Palestin yang bebas, dan rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal dapat kembali ke tanah air.
"Ia akan menjadi saat yang paling gembira untuk kami semua," katanya.


Beliau merupakan penuntut sebuah universiti di sini di peringkat doktor falsafah dan telah menetap di Malaysia sejak lima tahun lepas bersama isteri serta anak-anaknya. 
AstroAwani

SAMBUT AIDILFITRI AWAL SEHARI ???

JEMAAH an-Nadzir mendirikan solat Aidilfitri ketika hampir semua umat Islam masih berpuasa.
Jakarta: Jemaah Majlis Dzikir Latiful Akbar atau lebih dikenali sebagai Jemaah an-Nadzir terus melakukan kelainan apabila meraikan Aidilfitri sehari lebih awal, semalam.
Mereka mengadakan solat sunat Aidilfitri di sebuah rumah di Jalan Boegenville, di daerah Koja, Jakarta Utara.
Melakukan kiraan sendiri, kumpulan itu yang kebanyakannya hidup secara tertutup di kawasan Sulawesi Selatan yakin tarikh 1 Syawal wajar diraikan semalam.

Tinjauan mendapati anggota kumpulan itu mula tiba di rumah berkenaan sejak jam 6 pagi lagi.
Menurut ketua kumpulan berkenaan, Lazuardi, 55, kiraan tarikh menyambut 1 Syawal dilakukan melalui proses melihat anak bulan, suasana sekeliling dan pemerhatian aras air laut pasang.
“Jika kedudukan matahari, bulan dan bumi berada selari bermakna akan berlaku ribut petir dan terbukti malam semalam perkara itu berlaku,” katanya.

Dia juga mendakwa mereka melihat anak bulan melalui teleskop kelmarin.

“Kami memerhatikan pergerakan bulan sejak beberapa hari lalu,” katanya.

Seorang ahli kumpulan berkenaan yang berasal dari Bogor, Hisyam, 56, menyatakan dia mengetahui Ramadan berakhir sejak Sabtu lalu.

“Saya memberitahu keluarga agar bersiap sedia untuk melaksanakan solat Aidilfitri dan tidak berpuasa.

“Kami sekeluarga berangkat dari Bogor sejak Subuh, namun akan menziarahi keluarga lain esok (hari ini) supaya tidak mengganggu mereka,” katanya. 

Selain menyambut 1 Syawal, mereka juga biasanya memulakan puasa Ramadan lebih awal berbanding penganut Islam lain di Indonesia. 
- Agensi

VIDEO & 13 GAMBAR BERGADUH AKIBAT MAIN MERCUN DI STESYEN MINYAK SHELL LUNDANG, KOTA BHARU

Nak Lihat Video Klik Sini
Semalam satu video dan gambar-gambar tersebar di media sosial yang mana satu pergaduhan dan akibat salah faham telah berlaku di stesen minyak Shell di Lundang Kota Bharu.

Kes ini di katakan berpunca dari sekumpulan lelaki yang memasang mercun di stesen minyak tersebut dan membaling kearah kereta-kereta yang ada di stesen minyak tersebut.

Ini menimbulkan kemarahan pemilik stesen minyak terbabit yang risau aksi membaling mercun tersebut boleh membahayakan dan menyebabkan stesen tersebut terbakar.




Kereta yang terkena mercun 
Pemilik stesen Shell tersebut telah memberi amaran kepada mereka-mereka yang terbabit dengan menyembur semburan kebakaran kepada mereka -mereka yang terbabit.

Ini menyebabkan mereka yang terbabit naik berang lalu mengejar pemilik stesen minyak terbabit sehingga ke dalam kedai dan mereka tersebut terus mencetuskan huru hara dengan merosakkan segala peralatan di stesen minyak terbabit.

Orang ramai di situ turut kesal terhadap apa yang berlaku tidak wajar mereka-mereka yang terlibat sesuka hati memasang mercun di stesen minyak yang menimbulkan kekecohan dan merosak kan kereta yang ada di sekitar stesen terbabit.



Pihak polis terpaksa di panggil untuk menenangkan keadaan, punca kejadian masih di siasat oleh pihak berwajib.