ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: #PRKPERMATANGPAUH
Showing posts with label #PRKPERMATANGPAUH. Show all posts
Showing posts with label #PRKPERMATANGPAUH. Show all posts

Thursday, 7 May 2015

PKR KEKAL KERUSI PERMATANG PAUH

PKR - 30,316 BN - 21,475 BEBAS - 367 PRM - 101 Majoriti: 8,841 Undi ditolak: 843
PERMATANG PAUH: Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh apabila calonnya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menang dengan majoriti 8,841 undi. Wan Azizah berjaya mendapat 30,316 undi, manakala calon Barisan Nasional (BN) Suhaimi Sabudin memperoleh 21,475 undi, calon Bebas Salleh Isahak 367 undi, dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Azman Shah Othman 101 undi. Jumlah undi rosak ialah 843.

Keputusan rasmi PRK itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Permatang Pauh, Jusni Ismail pada jam 10.15 malam tadi di Dewan Perdana, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini.

Calon BN bagaimanapun tidak hadir ketika pengumuman itu dibuat.

Pada pilihan raya umum lepas, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga suami Dr Wan Azizah, menerima 37,090 undi menewaskan calon BN Dr Mazlan Ismail (25,369 undi) dan calon Bebas Dr Abdullah Wan Zawawi (201 undi).

KRONOLOGI HARI PENGUNDIAN PRK PERMATANG PAUH (VIDEO INSIDE)

BERIKUT perkembangan terkini hari mengundi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh pada Khamis.
3.30 petang: Jumlah pengundi keluar mengundi sehingga pukul 3 petang ialah sebanyak 45.333 iaitu 63.06 peratus

2.30 petang: Jumlah pengundi keluar mengundi sehingga pukul 2 petang ialah sebanyak 40,173 iaitu 55.88 peratus.
2.00 petang : Penyokong PKR dan BN bergaduh di SMK Guar Perahu.
1.43 tengah hari: Jumlah pengundi yang keluar mengundi setakat ini ini ialah sebanyak 35,752 iaitu 49.73 peratus. 
1.00 tengah hari: Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) tiba di SK Tanah Liat untuk mengawal keadaan yang kecoh.
12.58 tengah hari: Seorang petugas media dari KLXpress, Mahathir Mohammad cedera selepas dipukul dalam kekecohan di SK Tanah Liat.
11.46 pagi: Jumlah pengundi yang telah keluar mengundi setakat pukul 11 pagi ialah sebanyak 24,042 iaitu 33.44 peratus.
11.10 pagi: Lalu lintas sesak teruk sejauh 4 kilometer dari SK Seri Penanti ke Sekolah Menengah Islam Al-Masriyah.
11.05: Aksi penyokong BN berperang mulut dengan pengikut PKR.
11.03 pagi: Jumlah pengundi keluar mengundi setakat 10 pagi ialah sebanyak 16,324 iaitu 22.91 peratus.
10.30 pagi : Calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Azman Shah Othman tiba di pusat mengundi SJK (C) Lay Keow. Beliau bukan pengundi di Perlimen Permatang Pauh.
10.01 pagi : Penyokong PKR melakukan provokasi dengan membawa bungkusan seperti mayat di atas sebuah kereta.
9.15 pagi: Penyokong PKR dan BN mula berperang mulut.
8.40 pagi: Dr Wan Azizah selesai mengundi.
8.32 pagi: Calon PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di SK Penanti untuk membuang undi.
8.15: Calon tertua di Parlimen Permatang Pauh, Othman Daud,103, selesai mengundi SK Seri Penanti.
8.10 pagi: Calon BN, Suhaimi Sabudin selesai mengundi.
8.05 pagi: Calon BN, Suhaimi Sabudin memasuki perkarangan SMK Guar Perahu pada 8:05pagi untuk membuang undi.
8.05 pagi: Sambutan menggalakkan, orang ramai tiba awal untuk tunaikan tanggungjawab.
8.00 pagi: Semua 25 pusat mengundi dibuka membabitkan 130 saluran.
7.30 pagi: Pengundi dilihat mula menunggu di luar pusat mengundi di SK Seri Penanti.
7.00 pagi: Penyokong parti mula berkumpul di pusat-pusat mengundi seperti SK Seri Penanti, SMK Permatang Tok Kandu, SMK Guar Perahu dan beberapa lokasi lain.

mStar

TOLAK CALON YANG HALANG PERLAKSANAAN HUDUD - PRESIDEN PAS



Surat arahan dari haji hadi untuk tidak undi wan azizah tersebar semalam. Samada ianya benar atau tidak, ia menyerupai permintaan dalam surat ketua pemuda pas pulau pinang yg tersebar semalam.


Adakah isi kandungnya berbeza dari arahan dan pandangan haji hadi sebelum ini?



Tersebar juga dalam whass app dan sms mesej seperti berikut:


The Unspinners

PRK PERMATANG PAUH : PENGUNDIAN BERMULA, 25 PUSAT MENGUNDI DIBUKA

BUKIT MERTAJAM: Selepas 12 hari tempoh berkempen berakhir tengah malam Rabu, hari ini seramai 71,252 orang pengundi biasa dalam Parlimen Permatang Pauh akan menentukan wakil rakyat mereka yang baharu.
Kumpulan pengundi itu berpeluang membuat pilihan masing-masing di 130 saluran mengundi membabitkan 25 pusat mengundi yang akan dibuka mulai pukul 8 pagi hingga 5 petang pada Khamis.
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Suhaimi Sabudin; Presiden  PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) dan Salleh Isahak (Bebas).
Bagaimanapun hanya Suhaimi dan Dr Wan Azizah merupakan pengundi dalam Parlimen Permatang Pauh.
Suhaimi akan membuang undi di Sekolah Menengan Kebangsaan Guar Perahu sementara Dr Wan Azizah akan mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti.
Ahad lalu seramai 549 orang merangkumi 87.6 peratus daripada 627 pengundi awal selesai menjalankan tanggungjawab masing-masing.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai wakil rakyat setelah disabitkan kesalahan liwat dan sedang menjalani hukuman penjara lima tahun.

Kronologi Hari Pengundian PRK Parlimen Permatang Pauh

BERIKUT perkembangan terkini hari mengundi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh pada Khamis.
8.40 pagi: Dr Wan Azizah selesai mengundi.
8.32 pagi: Calon PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di SK Penanti untuk membuang undi.
8.15: Calon tertua di Parlimen Permatang Pauh, Othman Daud,103, (gambar atas) selesai mengundi SK Seri Penanti.
8.10 pagi: Calon BN, Suhaimi Sabudin selesai mengundi.


Embedded image permalink
8.05 pagi: Calon BN, Suhaimi Sabudin memasuki perkarangan SMK Guar Perahu pada 8:05pagi untuk membuang undi.
8.05 pagi: Sambutan menggalakkan, orang ramai tiba awal untuk tunaikan tanggungjawab.
8.00 pagi: Semua 25 pusat mengundi dibuka membabitkan 130 saluran.
7.30 pagi: Pengundi dilihat mula menunggu di luar pusat mengundi di SK Seri Penanti.
7.00 pagi: Penyokong parti mula berkumpul di pusat-pusat mengundi seperti SK Seri Penanti, SMK Permatang Tok Kandu, SMK Guar Perahu dan beberapa lokasi lain.

Wednesday, 29 April 2015

PRK PERMATANG PAUH : TINDAKAN 'U-TURN' PEMUDA PAS SEOLAH -OLAH MERELAKAN PARTI ITU DIHINA



BUKIT MERTAJAM – Tindakan Pemuda Pas Pulau Pinang dan Pas Permatang Pauh membatalkan hasrat memboikot pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh dan menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon adalah memalukan, tegas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang itu berkata, ia seolah-olah membiarkan parti itu serta presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus dihina parti-parti dalam Pakatan Rakyat, apatah lagi selepas mereka dikritik berhubung isu pelaksanaan hudud.
reezal-merican-kepala-batas-penamaan-permatang-pauh-prk
“Saya anggap apa yang dilakukan Pas akan sebabkan mereka hilang rasa hormat (daripada parti komponen dalam pakatan) kerana mereka tidak istiqamah, dulu mereka lakukan kerana presiden mereka dihina,” katanya pada sidang media harian jentera BN bersempena PRK Permatang Pauh, di pusat operasi BN di sini hari ini.
Bagaimanapun Anggota Parlimen Kepala Batas itu sekali lagi menegaskan, kemelut yang melanda Pakatan Rakyat sama sekali bukan faktor utama dalam menjamin kemenangan BN pada PRK itu.
Beliau berkata, walaupun krisis itu mempengaruhi sentiment pengundi, BN akan terus komited dalam kempen penerangan, terutamanya dalam isu cukai barang dan perkhidmatan (CBP) serta isu kos sara hidup.
Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPNPP) hari ini membatalkan hasrat memboikot PRK Parlimen Permatang Pauh namun bertegas mahu Angkatan Muda Keadilan negeri memohon maaf berhubung kenyataan mereka memfitnah pimpinan PAS berhubung hukum hudud.
Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Md Piah berkata, keputusan itu diambil selepas menghadiri mesyuarat tergempar antara DPPNPP dengan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Naib Ketua Pemuda PAS Pusat Ir Khairil Nizam Khirudin lewat malam tadi
Pada 25 April lepas, PAS Permatang Pauh yang turut melahirkan hasrat memboikot PRK itu, menarik balik keputusannya selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR pada malam sebelumnya.
Sementara itu, ditanya mengenai kempen jentera BN Permatang Pauh yang memasuki hari kelima hari ini, Reezal Merican berkata, mereka menerima reaksi positif masyarakat setempat, terutamanya pengundi yang tinggal di kawasan dianggap ‘hitam’ dan ‘kelabu’.
“Terdapat perubahan ketara, dilihat melalui sambutan mereka bila mana kita lawat rumah ke rumah … ada rumah yang menyangkut bendera parti (pihak lawan), tapi bila kami datang, kami dijemput masuk, itu adalah isyarat yang positif,” katanya.
Namun, Reezal Merican menegaskan, jentera BN sama sekali tidak akan berasa selesa, sebaliknya terus memperhebatkan kempen penerangan dalam usaha memastikan rakyat diberi penjelasan secukupnya mengenai isu-isu semasa.
“Seperti yang TPM (Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin) tegaskan, kami (BN) adalah ‘underdog’, dan kami menurunkan calon anak setempat yang dijamin akan menumpukan kerja di sini.
“Sekurang-kurangnya rasai kelainan, nikmatilah perbezaan dan seandainya kami gagal dalam tempoh tiga tahun (sebelum pilihan raya umum seterusnya), maka terpulang pada masyarakat untuk menilai,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow mendedahkan terdapat usaha sulit yang cuba mengaitkan jentera BN dengan kempen berunsur keagamaan apabila laporan daripada portal propembangkang bahawa BN telah menaikkan papan iklan kononnya cuba memainkan isu kebencian pada agama tertentu.
“…kita amalkan kempen secara bersih, sampai hari ini BN tidak ada mencaci cela mana-mana individu, agama atau apa jua kumpulan,” katanya.
PRK Parlimen Permatang Pauh 7 Mei depan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Dr Wan Azizah (PKR), Suhaimi Sabudin (BN), Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) dan Salleh Isahak (Bebas).
Ia diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon anggota Parlimen kawasan itu Datuk Seri
Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat. - mediaUMNO

Sunday, 26 April 2015

HUDUD : PAS, PKR PERJELAS & AKUR PENDIRIAN MASING-MASING

PERMATANG PAUH: PAS akhirnya akur dengan pendirian pemimpin beragama Islam dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertegas menolak pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.
Yang Dipertua PAS Kawasan Permatang Pauh, Omar Hassan berkata, pihaknya terpaksa menerima hakikat bahawa undang-undang Islam berkenaan tidak diterima parti sekutunya itu.
Bagaimanapun jelas Omar, walaupun menerima situasi itu, namun pada masa sama, PAS tetap membantah pendirian PKR menolak hudud.
"Selepas kita mendengar penjelasan demi penjelasan dengan begitu teliti dalam suasana yang harmoni, akhirnya kita bersetuju dan pihak PKR juga bersetuju dengan (pendirian PAS yang) tidak bersetuju setiap pimpinan PKR Islam menolak hudud PAS," katanya pada majlis penerangan dan pelancaran jentera PAS Kawasan Permatang Pauh di Dewan Yusof Rawa di sini, Sabtu malam.
Hadir sama pada majlis itu ialah Presiden PAS yang juga calon Pakatan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; dua Ahli Jawatankuasa PAS Pusat iaitu Dr Hatta Ramli dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa serta beberapa pimpinan DAP pusar dan negeri.
Mengulas lanjut, Omar berkata, PAS Kawasan Permatang Pauh juga akur dengan arahan PAS Pusat supaya membantu kempen PKR dalam pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 7 Mei ini.
“Setelah berbincang, kita buat kesimpulan akhirnya bersetuju supaya kemelut ini diselesaikan dengan sebaik mungkin,” katanya.
Pada Jumaat malam, Dr Wan Azizah serta timbalannya, Mohamed Azmin Ali dan Ketua AMK Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin mengadakan pertemuan khas dengan kepimpinan PAS di sebuah hotel di Seberang Jaya.
Pimpinan PAS dihadiri Mohamad yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Salleh Man serta beberapa kepimpinan PAS Kawasan Permatang Pauh termasuk Omar sendiri.
Pertemuan itu diadakan sebelum PKR mengumumkan Dr Wan Azizah sebagai calon dalam majlis khas di Seberang Perai Arena.
Sebelum ini, PAS kawasan itu mengumumkan untuk memboikot kempen PRK Permatang Pauh sehingga PKR menarik balik dan meminta maaf berhubung kenyataan menolak hudud.

PKR TIDAK AKAN LAYAN DESAKAN PEMUDA PAS


PENANTI 26 April - PKR tidak akan melayan sebarang desakan dikemukakan Dewan Pemuda PAS (DPP) Pulau Pinang untuk menarik balik kenyataan berhubung parti Islam itu dan hudud.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata pihaknya hanya akan berpegang pada ketetapan dilakukan PAS Pusat.

Sebaliknya, beliau berkata, PKR akan mengetepikan sebarang suara kepemimpinan yang tidak selari dengan keputusan PAS Pusat.

"Peringkat PAS Pusat sendiri sudah menyatakan pendirian untuk menyokong calon dikemukakan PKR.

"Justeru, tidak timbul isu untuk memenuhi sebarang permintaan daripada kepemimpinan DPP negeri atau kawasan hanya untuk mendapatkan kerjasama mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan DPP Pulau Pinang dan DPP Permatang Pauh yang tidak senada dengan PAS Pusat, sebentar tadi.

Saturday, 25 April 2015

PERTANDINGAN 4 PENJURU DI PERMATANG PAUH

Embedded image permalink

BUKIT MERTAJAM: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Rakyat Malaysia dan seorang calon bebas.

Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya P.044 Permatang Pauh Tuan Jusni Tuan Ismail mengumumkan nama calon bertanding sejurus selepas proses penamaan calon ditutup pada jam 10 pagi ini.

prk
(Dari kiri) Calon PRM Azman Shah, calon BN Suhaimi Sabudin, calon bebas Salleh Ishak, dan calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Empat calon berkenaan ialah Suhaimi Sabudin, 44, daripada BN; Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 62 (PKR); calon bebas Salleh Isahak, 53; dan Azman Shah, 50 (Parti Rakyat Malaysia).

Mereka telah menyerahkan borang percalonan masing-masing di pusat penamaan calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Calon bebas Salleh Ishak, yang juga merupakan Ahli UMNO Bahagian Alma, terawal tiba pada jam 8.40 pagi tadi. Calon BN Suhaimi Sabudin pula dilihat sampai di pusat penamaan calon pada jam 8.45 pagi, disusuli calon PKR, Wan Azizah yang tiba di pusat penamaan calon pada pukul 8.50 pagi. Calon PRM Azman Shah pula tiba sekitar jam 10.

Sebelum itu, Suhaimi selaku setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh hadir diiringi Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan dan beberapa pimpinan UMNO yang lain telah berarak dari Jalan Tok Elang ke Jalan Berapit ke pusat penamaan calon.

Ia turut disertai Presiden MIC Datuk G Palanivel dan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong.

Sementara itu, Azizah pula diiringi anaknya yang juga Naib Presiden PKR Nurul Izzah serta Nurul Nuha, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali,  Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, dari simpang tiga Jalan Mengkuang hingga Jalan Berapit iaitu kira-kira 800 meter dari pusat percalonan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK Permatang Pauh pada 7 Mei, manakala pengundian awal 3 Mei.

Berdasarkan laporan SPR, Parlimen Permatang Pauh mempunyai 71,820 pengundi berdaftar dengan 627 orang pengundi awal.

PRK Parlimen Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon anggota Parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Parlimen ini dianggap sebagai kubu kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila menguasai kerusi itu sejak tahun 1982.

Anwar menduduki kerusi itu pada tahun 1982, 1986, 1990 dan 1995 sebelum dihukum penjara enam tahun pada 1999 setelah didapati bersalah terhadap empat tuduhan rasuah kerana menyalah guna kuasa.

Azizah kemudian menjadi anggota Parlimen di situ pada 1999 hingga 2008 sebelum bertindak mengosongkannya bagi memberi laluan kepada Anwar selepas beliau dibebaskan pada tahun 2004.

PRK Parlimen Permatang Pauh adalah pilihan raya kecil kesepuluh selepas PRU13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013.

Lapan PRK sebelum ini ialah PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu (24 Julai 2013); PRK DUN Sungai Limau, Kedah (4 Nov 2013); PRK DUN Kajang, Selangor (23 Mac 2014); PRK DUN Balingian, Sarawak (29 Mac 2014); PRK Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang (25 Mei 2014); PRK Parlimen Teluk Intan, Perak (31 Mei 2014); PRK DUN Pengkalan Kubor, Kelantan (25 Sept 2014) dan PRK DUN Chempaka, Kelantan (22 Mac 2015) serta PRK DUN Rompin yang akan diadakan pada 5 Mei nanti.

Thursday, 23 April 2015

PAS PERMATANG PAUH TIDAK HIRAU ARAHAN MAT SABU, PATUH KEPADA PRESIDEN

BUTTERWORTH: PAS Permatang Pauh hanya akan menunggu arahan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung gerak kerja bahagian itu untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.
Yang Dipertuanya Omar Hassan berkata, kawasan itu tidak akan mengambil kira pandangan atau arahan sama ada daripada Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang yang juga Timbalan Presiden parti Mohamad Sabu, ataupun pengarah pilihan raya PAS untuk PRK berkenaan iaitu Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
"PAS Permatang Pauh hanya akan dengar arahan dan akur kepada tuan guru presiden.
"Kami tak mahu ambil kira pandangan dia (Mujahid) sebab mereka tak ketemu dengan kami. (Sebelum beri pandangan)...dia kena turun jumpa kami baru dapat maklumat (tentang sentimen akar umbi)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas PAS Permatang Pauh di Dewan Masjid Seberang Jaya, di sini Rabu malam.
Omar juga berkata, PAS Permatang Pauh masih berpegang kepada keputusan mesyuarat agung bahagian itu 19 April lepas supaya Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menarik balik kenyataannya tidak menyokong rang undang-undang persendirian berkaitan hudud.
Omar berkata, sebagai seorang yang beragama Islam, Wan Azizah harus menyokong undang-undang itu, dan bukannya mengeluarkan kenyataan tidak bersetuju dengan pelaksanaannya.
"Kami sekali lagi meminta Wan Azizah tarik balik kenyataan tak sokong hudud dan mohon maaf kepada umat Islam di seluruh negara...sebab kenyataan itu  mengguriskan (hati umat Islam)," katanya.
Pada mesyuarat agung kawasan yang lepas, PAS Permatang Pauh menuntut PKR menarik balik kenyataan tidak menyokong rang undang-undang persendirian berkaitan hudud jika mahukan sokongannya pada PRK kali ini.
Mereka turut memberi tempoh sehingga hari penamaan calon, 25 April ini, atau berdepan dengan risiko tidak mendapat kerjasama sepenuhnya daripada PAS Permatang Pauh.
Sementara itu, Ketua Penerangan kawasan Jamsari Samad berkata, sukar bagi mereka untuk bekerjasama dengan PKR sekiranya terus berlaku percanggahan pendapat tentang hudud, kerana ia akan menyukarkan pihaknya memberi penerangan kepada pengundi beragama Islam sewaktu tempoh berkempen.
"Bila kami turun berkempen untuk dia (PKR), sudah tentu kesukaran itu akan berbalik kepada PAS sendiri," katanya.
Ditanya mengenai keputusan Pemuda Sosialis DAP (Dapsy) Pulau Pinang semalam bahawa pergerakan itu sanggup mengetepikan persengketaan sementara bagi menumpukan kepada PRK kali ini, Omar berkata PAS Permatang Pauh hanya akan menerima permohonan maaf Dapsy Pulau Pinang kepada Abdul Hadi.
"Kalau dia hormati presiden, dan turut membuat permohonan maaf, maka kami juga tidak akan ada masalah," katanya.
PRK Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Anggota Parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan proses penamaan calon bagi PRK itu pada 25 April manakala hari pengundian pada 7 Mei. - mStar

Monday, 20 April 2015

PAS PERMATANG PAUH BERI KATA DUA KEPADA PKR !!!


pas permatang pauh

Permatang Pauh – Pas Permatang Pauh meluluskan usul menggesa kepimpinan PKR membuat permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan mereka yang tidak menyokong pelaksanaan Rang Undang-undang Persendirian berkaitan hudud.

Usul itu dicadangkan Pemuda Pas kawasan berkenaan pada Mesyuarat Agung Tahunan cawangan itu yang ke 38 di Dewan Haji Yussof Rawa di sini kelmarin.

Yang Dipertuanya, Omar Hassan berkata, PKR diberi tempoh sebelum hari penamaan calon untuk membuat permohonan maaf dan menarik semula kenyataan tidak menyokong hudud.

Menurutnya, jika PKR bersetuju dan meminta maaf secara terbuka pihaknya akan meneruskan kerjasama dengan parti itu dalam PRK Permatang Pauh kelak.

“Pendirian ini dibuat dan disepakati oleh akar umbi pada mesyuarat agung kami.

“Ahli Pas di Permatang Pauh mampu beri kemenangan kepada calon yang akan bertanding pada PRK nanti,” katanya ketika ditemui media di sini semalam.

Ditanya sama ada Pas Permatang Pauh akan memberi sokongan jika Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dipilih menjadi calon, Omar enggan mengulas.

Dalam persidangan yang berlangsung hampir lima jam itu, keadaan dewan menjadi gamat apabila usul itu dibentangkan oleh wakil Pemuda Pas.

Ada perwakilan yang menggesa agar kepimpinan PKR dan DAP tampil untuk berjumpa dengan kepimpinan Pas bagi memohon maaf atas keceluparan kenyataan mengenai isu hudud yang mengguris hati ahli Pas.

Bekas Ketua Penerangan Pas Permatang Pauh, Jamsari Samad ketika membahaskan usul itu berkata, tindakan rakan sekutu mereka yang menolak pelaksanaan hudud menyukarkan jentera Pas untuk turun padang bagi menjelaskan pendirian mereka terhadap PR.

“Macam mana kita nak jelaskan dan minta pengundi menyokong kita sedangkan calon yang kita tampilkan nanti tidak menyokong pelaksanaan hudud.

“Malah ada kenyataan pemimpin PKR dan DAP yang dilihat terlalu biadap dan kurang ajar sehingga mahu memutuskan hubungan dengan presiden. Apa maknanya kita bekerjasama dengan mereka jika mahu memutuskan hubungan dengan presiden kami,” katanya.

Sementara itu,Omar berkata, pihaknya tidak berhasrat untuk membelakangi pendirian Pas Pusat sebaliknya hanya mahu perkara itu diberi perhatian kerana disuarakan oleh akar umbi.

“Keputusan ini bukan dibuat oleh saya sendiri tetapi memang boleh dilihat sendiri apa yang akar umbi mahu pada mesyuarat agung hari ini (semalam),” katanya.

Terdahulu ketika ucapannya,Omar berkata, Pas Permatang Pauh akan membuat sedikit kejutan pada PRK Permatang Pauh jika rakan sekutu mereka menyinggung dasar perjuangan Pas.

Beliau berkata, Pas Permatang Pauh juga sudah bersiap sedia untuk membantu kempen pada PRK Permatang Pauh dan memastikan PR terus menerajui kerusi Parlimen Permatang Pauh jika syarat itu dipenuhi.

Saturday, 18 April 2015

PRK PERMATANG PAUH : WAN AZIZAH 'KUNCI MULUT' BERHUBUNG SOKONGAN PAS PUSAT

PRK P.Pauh: Wan Azizah 'kunci mulut' berhubung sokongan PAS pusat

BUKIT MERTAJAM: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terus 'mengunci mulut' apabila ditanya berhubung sokongan rakan sekutunya, PAS, terhadap PKR sepanjang pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Ditanya siapa pemimpin tertinggi PAS pusat yang akan hadir pada majlis pengumuman calon PKR yang dijadual 24 April ini, Wan Azizah berkata: "Tunggu dan tengok...tak tahu lagilah (siapa yang akan hadir)".

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran program Tampil di Kompleks An-Nahdhoh, di sini hari ini.

Mengenai siapa yang akan mengumumkan calon PKR pada hari pengumuman calon itu, Dr Wan Azizah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, meminta pemberita bersabar dan menunggu sehingga hari itu.

Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja bagi anggota Parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipohon melalui anggota keluarganya.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRK Permatang Pauh 7 Mei, penamaan calon 25 April manakala pengundian awal 3 Mei. 

Terdahulu, pada majlis pelancaran program yang sama di Dewan Sri Pauh, Bandar Perda dekat sini, Dr Wan Azizah berkata beliau tidak tahu mengenai laporan dakwaan lima Anggota Dewan Undangan Negeri dari PKR akan melompat parti dan bekerjasama dengan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Itu saya kena dapatkan pengesahan. Sebab saya tak fikir demikian...dari sumber mana?.

"Tanya mereka lah, siapa dia mereka (yang membuat dakwaan) itu?..Saya pun tak tahu," katanya. 

Semalam sebuah portal (Suara.TV) melaporkan Abdul Khalid dijangka kembali menerajui Selangor menggantikan Menteri Besar Azmin Ali.

Portal itu turut memetik sumber sebagai berkata satu perjumpaan rahsia antara Abdul Khalid dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah diadakan di Jakarta bagi membincangkan perkara berkenaan.

Monday, 13 April 2015

DAP AKUI PRK PERMATANG PAUH KALI INI SENGIT !!!

DAP akui PRK Permatang Pauh kali ini sengit

GEORGE TOWN: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini berkata pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh kali ini adalah pertandingan sengit antara Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu menyifatkan peluang parti itu bertanding kali ini adalah 50:50 dan sehubungan itu beliau menasihatkan parti gabungan, PKR agar tidak terlalu yakin untuk menang.  

"Saya akan berikan nasihat kepada rakan-rakan di PKR untuk tidak terlalu yakin akan menang. Kami anggap ini adalah satu pertandingan 50:50," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Lim berkata Pakatan Rakyat akan melancarkan jentera pilihan raya bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh itu malam esok.

"Kita lihat nampaknya BN mula awal...saya rasa itu cabaran dan kita akan berikan sokongan (kepada PKR) untuk hadapi cabaran daripada BN," katanya.

Pilihan raya kecil itu diadakan selepas penyandang kerusi Parlimen itu Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen setelah Lembaga Pengampunan menolak petisyen bagi pengampunan diraja yang dipohon keluarganya atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan. 

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh, Selangor.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 April ini hari penamaan calon manakala hari pengundian 7 Mei. Pengundian awal 3 Mei.

Wednesday, 8 April 2015

PRK PERMATANG PAUH : TARIKH PENAMAAN CALON 25 APRIL & TARIKH MENGUNDI 7 MEI


PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 7 Mei ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.044 Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Hari penamaan calon pula ditetapkan pada 25 April ini sementara pengundian awal akan diadakan pada 3 Mei ini.

Pengumuman ketiga-tiga tarikh itu dimaklumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof selepas mempengerusikan mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh dan persiapan PRK Parlimen P.044 Permatang Pauh, sebentar tadi.

Pada 1 April lalu, SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat berhubung kekosongan kerusi Bahagian Pilihan Raya Parlimen Permatang Pauh.

Ini berikutan penyandangnya Ahli Dewan Rakyat, Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim telah hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen setelah Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan beliau.

Sehubungan dengan itu, selaras dengan Artikel 54 (1) Perlembagaan Persekutuan telah wujud kekosongan luar jangka dan bagi mengisi kekosongan kerusi P.044 Permatang Pauh itu.


Tuesday, 7 April 2015

MESYUARAT KHAS JUMAAT INI BINCANG PRK ROMPIN - PENGERUSI SPR


Hasil carian imej untuk PENGERUSI SPR
PETALING JAYA 7 April - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan tarikh tertentu berhubung proses pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Rompin pada Jumaat ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, SPR telah menerima notis pemberitahuan kekosongan kerusi Parlimen Rompin daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada Selasa.

"Kita akan adakan mesyuarat berkaitan PRK Rompin pada Jumaat ini, kemudian disusuli dengan sidang media pada hari yang sama," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

SPR turut akan bermesyuarat pada Rabu berhubung PRK Parlimen Permatang Pauh.

Ketika ditanya adakah tarikh proses PRK Rompin akan dibicangkan dalam mesyuarat pada Rabu, Abdul Aziz berkata ia akan dibuat secara berasingan kerana notis pemberitahuan kekosongan kerusi tersebut diterima dalam masa yang singkat.

"Kita baharu sahaja terima notis tersebut kira-kira pukul 11 pagi tadi (Selasa). Jadi kalau nak sekalikan mesyuarat dah tak sempat. Esok (Rabu) kita hanya bincangkan mengenai Parlimen Permatang Pauh," katanya.

Beliau berkata antara tarikh yang akan ditentukan dalam mesyuarat tersebut ialah penamaan calon, pengundian awal, pengundian biasa serta menentukan daftar pemilih bagi PRK tersebut selain memutuskan tarikh sebenar kekosongan kerusi Parlimen Rompin bermula.

Katanya, menurut Fasal (4) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, SPR perlu mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari dari tarikh berlaku kekosongan.

Kerusi Parlimen Rompin diisytihar kosong apabila penyandangnya Tan Sri Jamaluddin Jarjis maut dalam nahas helikopter yang terhempas dan terbakar di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih pada Sabtu lalu.

Nahas itu turut menggorbankan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Seri Azlin Alias juruterbang Kapten Clifford William Fournier, ahli perniagaan, Datuk Tan Huat Seang, seorang anggota polis yang juga pengawal peribadi Jamaludin iaitu Koperal Razakan Seran dan seorang penumpang wanita yang dikenali sebagai Aidana Baizieva.