Keputusan tidak rasmi pemilihan Ketua Pemuda PAS 2015 memihak kepada Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang kini mendahului 166 undi, sekali gus meninggalkan penyandang jawatan, Suhaizan Kaiat.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu memperolehi 429 undi, manakala Suhaizan dengan 263 undi.
Keputusan tidak rasmi juga menunjukkan penyandang Timbalan Ketua Pemuda PAS, Mohd Khalil Abdul Hadi dijangka dapat mempertahankan jawatannya apabila mendapat 436 undi.
Mohd Khalil sekali lagi menewaskan pencabar lamanya, bekas Ketua Pemuda PAS Perak, Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss Raja Yaacob yang mendapat 256 undi.
Bagi jawatan nombor tiga tertinggi dalam sayap Pemuda, penyandang jawatan Naib Ketua Pemuda, Ir Khairil Nizam Khirudin kini masih mendahului dengan jumlah undi tidak rasmi 458, mengenepikan musuh lamanya wakil kumpulan profesional, Nor Azman Mohamad yang mendapat 235 undi.
Sekiranya keputusan ini disahkan benar, ini bermakna pimpinan tertinggi Dewan Pemuda PAS Pusat dikuasai sepenuhnya golongan pro-ulama.
No comments:
Post a Comment