ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: USTAZ KAZIM BUAT LAPORAN POLIS ISU HINA KAUM CINA

Wednesday 4 February 2015

USTAZ KAZIM BUAT LAPORAN POLIS ISU HINA KAUM CINA


Pendakwah bebas, Datuk Mohamad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim membuat laporan di Balai Polis Manjoi, berhubung penyebaran rakaman video ceramah beliau yang didakwa berbaur perkauman.

Ustaz Kazim yang membuat laporan polis pada 9.40 pagi semalam, bagaimanapun enggan memberi kenyataan kepada pemberita selepas membuat laporan itu dengan terus beredar meninggalkan pekarangan balai polis.

Anggota beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilihat menunggu di luar pekarangan balai polis berkenaan sebagai tanda sokongan mereka kepada Ustaz Kazim.

Semalam, Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Jambu, Tumpat, Kelantan, Pui Tiong Lam membuat laporan polis di Balai Polis Wakaf Bharu, Tumpat dengan mendakwa rakaman video ceramah Ustaz Kazim yang berdurasi 2 minit 27 saat itu seolah-olah mahu mengaibkan kaum Cina.


No comments:

Post a Comment