ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: STATUS PERMOHONAN KE IPTA BOLEH DISEMAK MULAI ESOK

Saturday, 10 May 2014

STATUS PERMOHONAN KE IPTA BOLEH DISEMAK MULAI ESOK


KUALA LUMPUR: Status permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan Politeknik Premier bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya boleh dibuat mulai tengah hari esok. 

Kementerian Pendidikan, dalam satu kenyataan, menyatakan status boleh disemak melalui talian Hotline 03-88706767, Helpline 03-88706777, talian am 03-88706755/6766 , laman web http://upu.moe.gov.my; https://jpt.utm.my; http://jpt.uum.edu.my; https://jpt.unimas.my dan http://jpt.ums.edu.my ataupun menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan dihantar ke 15888. 

"Pemohon boleh membuat semakan tawaran dan mencetak surat tawaran rasmi melalui laman web rasmi IPTA berkaitan atau Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia (JPP) mulai 11 Mei ini (Ahad)," menurut kenyataan itu. 

URL surat tawaran mengikut IPTA adalah seperti berikut: 
Universiti Malaya (UM): http://kemasukan.um.edu.my 
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM): http://www.ukm.my/kemasukan/tawaran 
Universiti Putra Malaysia (UPM): http://www.smp.upm.edu.my/tawaran 
Universiti Teknologi Malaysia (UTM): https://jpt.utm.my 
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM): 
http:www.iium.edu.my/kemasukan/tawaran.html Universiti Malaysia Sarawak (Unimas): http://www.unimas.my/kemasukan/tawaran 
Universiti Malaysia Sabah (UMS): http://bpa.ums.edu.my/semakanUMS 
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI): 
http://www.upsi.edu.my/kemasukan/tawaran 
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM): http://etasjil.usim.edu.my 
Universiti Teknologi Mara (UiTM): http://www.online.uitm.edu.my/ 
Universiti Malaysia Terengganu (UMT): http://intake.umt.edu.my/tawaran
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM): 
https://wapps.uthm.edu.my/ppa/tawaran 
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM): http://www.utem.edu.my/kemasukan 
Universiti Malaysia Pahang (UMP): http://www.ump.edu.my/kemasukan/tawaran 
Universiti Malaysia Perlis: http://offer.unimap.edu.my 
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA): http://www.unisza.edu.my/tawaran 
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM): 
http://upnm.edu.my/kemasukan/tawaran 
Jabatan Pengajian Politeknik (JPP): http://www.politeknik.edu.my 

Semua pemohon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA atau Politeknik Premier sebelum atau pada 17 Mei ini dan ia boleh dibuat melalui laman web rasmi IPTA atau JPP seperti di atas. 

Menurut kenyataan itu, bagi pemohon yang tidak berjaya ditawarkan ke IPTA atau Politeknik Premier tetapi ditawarkan ke institusi lain seperti Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Tingkatan Enam adalah dinasihatkan agar mendaftar ke program berkenaan kerana tawaran ke IPTA atau Politeknik Premier adalah terhad. 

"Dasar KPM tidak membenarkan sebarang pertukaran program pengajian di dalam IPTA atau Politeknik Premier atau antara IPTA atau Politeknik Premier. 
"Tawaran yang diberikan kepada calon adalah muktamad," katanya. 

Bagi pemohon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA dan Politeknik Premier, mereka boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui aplikasi e-Rayuan yang akan dibuka mulai 16 Mei setelah keputusan kemasukan ke Politeknik Konvesional/Metro dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) diumumkan. 
Permohonan e-Rayuan perlu dikemukakan melalui laman web rasmi kemasukan di http://upu.moe.gov.my dan tarikh tutupnya ialah pada 26 Mei. 

"Dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat mengikut program pengajian di IPTA/Politeknik Premier selepas pendaftaran pelajar baharu. 

"Keputusan rayuan pula akan diumumkan pada minggu kedua bulan Jun dan jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA/Politeknik Premier dalam tempoh empat minggu selepas tarikh pendaftaran pelajar baharu, maka rayuan itu dianggap gagal," menurut kenyataan itu. 

Sementara itu, Bahagian Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) akan membuka kaunter khidmat runding cara berkaitan permohonan kemasukan ke IPTA dan Politeknik Premier di bangunan KPM di Putrajaya mulai 12 Mei hingga 26 Mei pukul 9.30 pagi hingga 5 petang (Isnin hingga Jumaat) untuk memudahkan pemohon membuat semakan dan mendapatkan khidmat runding cara. 
Kemudahan hotline dan helpline turut disediakan untuk membantu menjawab sebarang kemusykilan pemohon yang boleh dihubungi melalui talian 03-88706767 dan 03-88706777. 
 BERNAMA

No comments:

Post a Comment